Daily MaverickRETAIL REALITY: Inflation threatens to freeze SA’s Black Friday frenzyThe Jerusalem PostHapoel Beersheba-Besiktas Europa League match suspended after 25 minutes after fans riotCollider‘The Rings of Power’ Officially Ends Season 3 With Season 4 Already ConfirmedDigital SpyEmmerdale reveals new rift as Thea gets suspicious over Joe TateBusiness AMChina beschikt inmiddels over vier varianten van J-15-gevechtsvliegtuig voor zijn drie vliegdekschepen3DNewsЗонд Hera прислал первые снимки астероида, по которому ударил NASA DART, — его буквально приплюснулоPremium TimesEx-Minister Agunloye set to file no-case submission as EFCC closes caseESPN DeportesLeón vs Cruz Azul: posibles alineaciones y probabilidadesANSAIl vertice Ue sul bilancio, Macron contro i tagli: 'Non ci sarà accordo stavolta'ZDF heuteSchnee und Glätte sorgen für Verkehrschaos im SüdenBillboardFeid and Snoop Dogg Drop Thanksgiving Collaboration ‘Gracias x Todo’ABC News (Australia)Motor-racing resort could breathe new life into old mine site
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia

Translate

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mencadangkan pengenaan tarif baharu ke atas import dari 14 rakan dagang, termasuk Kesatuan Eropah (EU), China dan Malaysia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tarif ke atas produk tertentu dari EU akan dinaikkan kepada 15%, menurut Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.

Tarif ke atas barangan China pula akan dinaikkan sehingga 20% mengikut cadangan itu, yang turut merangkumi pengenaan tarif baharu terhadap India, Jepun, Switzerland, Taiwan, Thailand, Vietnam, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia dan Singapura.

“Selama beberapa dekad, kebanyakan rakan dagang kita telah mengguna pakai strategi perindustrian yang berteraskan penyasaran sektor pembuatan, pengekangan gaji dan buruh, sokongan kewangan dan sokongan lain, input daripada ekonomi bukan pasaran serta amalan lain yang memesongkan pasaran sehingga imbangan perdagangan memihak kepada mereka, di samping menghakis asas sektor pembuatan Amerika,” kata Greer dalam satu kenyataan.

Trump telah mengenakan tarif secara meluas terhadap rakan dagang utama negara itu sejak memegang jawatan pada Januari 2025, dengan mendakwa langkah itu akan membantu merancakkan sektor pembuatan AS dan menjamin peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung membatalkan sebahagian besar tarif berkenaan.

Cadangan itu kini akan tertakluk kepada sesi pendengaran sebelum sebarang keputusan dibuat, dengan seorang pegawai AS berkata tarif berkenaan tidak mungkin berkuat kuasa sebelum Januari.

Langkah itu meningkatkan tekanan terhadap rakan dagang menjelang Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Miami pada Disember.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.