PunchStakeholders hail free trade zone’s education support in OgunInquirerMissing fisherman rescued off Mauban, QuezonCNN TürkHava Durumu (01-11-2026)Bollywood HungamaSCOOP: Shah Rukh Khan PERSONALLY called Aditya Chopra before shifting King’s overseas distribution to Phars Films; YRF head honcho gives his blessingsSky TG24A Parma le novità del Salone del Camper 2026The Jerusalem PostOpposition leaders move to oust Knesset Speaker Ohana before forming government - report한겨레1·2번 타자 싸움서 갈렸다…삼성, KIA 꺾고 KS 진출Daily MaverickLOCAL ELECTIONS 2026: Ten critical questions as South Africa heads into high-stakes pollZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcü2 ülke daha Türklere kapılarını açtı: Vizesiz seyahat listesi güncellendiTagesschauAusschreitungen am Abend nach friedlichen Protesten am NachmittagThe South AfricanMalema condemns Donovan Marx attack, then sings ‘Kill the Boer’
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Dadah bukan masalah Kelantan semata-mata, kata timbalan MB

Translate

Masalah penyalahgunaan dadah di Kelantan bukan tanggungjawab kerajaan negeri semata-mata, sebaliknya perlu ditangani bersama semua pihak berkaitan, kata Timbalan Menteri Besarny Fadzli Hassan.

Fadzli berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah dadah di negeri Pantai Timur itu ialah kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand, lapor Berita Harian.

Katanya, keadaan itu menjadikan Kelantan antara negeri terawal dimasuki sindiket pengedaran dadah sebelum bahan terlarang berkenaan dibawa ke negeri lain.

“Apabila kita berkongsi sempadan dengan negara lain, ada manfaatnya tetapi ada juga kesan buruk. Kelantan mempunyai sempadan antarabangsa, bukan sekadar sempadan negeri.

“Ada kalanya sindiket mahu membawa dadah ke negeri lain, tetapi kerana mereka melalui Kelantan dan ditangkap di sini, negeri ini pula dikaitkan dengan masalah itu.

“Saya bukan kata kita tidak mahu bertanggungjawab. Kita minta semua agensi berkaitan bekerjasama dan memikul tanggungjawab, bukannya saling menyalahkan kelemahan pihak lain,” katanya pada sidang DUN Kelantan.

Pada Jun, Agensi Antidadah Kebangsaan berkata Kelantan merekodkan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini bagi 2025, diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.

Menurut agensi itu, Kelantan merekodkan 1,105 penagih dan penyalah guna dadah bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding Terengganu 997, Perlis 970 dan Kedah 965.

Polis Kelantan turut mengambil langkah menetapkan sasaran kepada ketua balai untuk menangkap sekurang-kurangnya seorang penagih dadah setiap hari.

Pada September, dua ketua balai menerima surat amaran selepas gagal mencapai sasaran itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.