PunchEKSU appoints new registrarוואלהמשמר החופים הסיני: מזהירים את הפיליפינים להפסיק לאלתר את "הפעולות הפרובוקטיביות"The Jerusalem PostNAZA, the money trail, and what the film leaves out about October 7 - opinionESPNTransfer rumors, news: Real Madrid, Barcelona track Man City-bound USMNT star SullivanInquirerRidon says trial remarks meant to explain, not influence impeach courtDaily MaverickFRENCH LETTER: All I Know… Thoughts on travel, book tours and school visitsInquirer EntertainmentNawat Itsaragrisil’s Miss Universe license agreement in jeopardyCNN TürkİTALYA'DA TÜRK TIR'INA BASKIN! Silahlı saldırganlar şoförü darbettiThe Straits Times7 weeks’ jail for ex-executive director of madrasah who misappropriated over $68k of its moneyCNN بالعربيةمعايير ثلاثة تحدد الفائز بالكرة الذهبية.. فكيف تبدو حظوظ ميسي ومبابي ويامال والبقية؟سكاي نيوز عربيةالعربية في العصر الرقمي.. قيمة اقتصادية تعزز الهوية والإبداعWirtualna PolskaRepublika w służbie Krala; Urban ogłosił powołania do kadry [SKRÓT PORANKA]
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Penjara Kajang jadi tumpuan media susulan pengampunan bersyarat Najib

Translate

Penjara Kajang kembali menjadi tumpuan apabila ia dikerumuni pengamal media yang mula berkampung sejak 8 pagi tadi bagi menantikan sebarang perkembangan terkini mengenai status bekas perdana menteri Najib Razak.

Sebelum itu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) mengesahkan bahawa Najib telah diberi pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pergerakan yang dilihat dari mana-mana pihak termasuk dari ahli keluarga Najib.

Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan, berkata tahanan rumah yang diberikan kepada Najib tertakluk sekiranya bekas Ahli Parlimen Pekan itu membayar denda RM50 juta.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

“Beliau hendaklah mematuhi syarat ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat itu, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” katanya.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada wujud syarat lain perlu dipatuhi Najib untuk menerima pengampunan bersyarat itu.

Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan di Penjara Kajang selepas LPWP mengurangkan separuh hukuman asalnya selama 12 tahun pada Februari 2024.

Denda asal RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.