The Jerusalem PostTrump’s Gaza peace plan faces a bigger threat than a pre-election clash with Netanyahu - opinionESPN DeportesOhtani pasa a IL; Dodgers convocan a De Paulaוואלהבתום מצוד: לוחמי יחידת דובדבן עצרו מחבל שתכנן לבצע פיגוע יריESPN⚾ MLB Power Rankings: Which teams are rising? Which are falling?CNN TürkCNN TÜRK Tayvan'ın savunma sistemlerini görüntülediRTP Desporto18h30 A forma de Prestianni e o “efeito” PalhinhaPunchLagos-Ibadan expressway commuters lament as Kara-Berger bridge repairs trigger massive gridlockInquirerBrian Poe, Margarita Gutierrez share blessings before wedding dayBBC SportCricket: Today at the TestScreen RantSyfy's 5-Season Space Opera Is Everything Firefly Should Have BeenColliderCollider Media Studio Officially Returns to TIFF for a Star-Studded Weekend
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 10, 2026

Bersatu Arau pula bergolak, pimpinan bahagian keluar parti

Translate

Selepas Padang Besar dan Kangar, kepimpinan Bersatu Arau bersama sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) serta sayap parti bahagian itu malam ini mengumumkan peletakan jawatan serta keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Pimpinan terlibat merangkumi Timbalan Ketua Azrul Azhar Abd Ghani, Naib Ketua Sombun Crem, Ketua Wanita Norazida Mohd Azmi bersama seluruh AJK Wanita Srikandi, Ketua Srikandi Muda Zureen Zainon berserta semua AJK Srikandi Muda serta keseluruhan AJK Armada bahagian.

Selain itu, 10 ketua cawangan daripada 26 cawangan di bahagian itu turut mengambil tindakan serupa.

Wakil kumpulan berkenaan yang juga AJK Bersatu Arau Roshita Buyong berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan kepimpinan pusat melantik Ketua Bersatu Padang Besar Izizam Ibrahim sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis tanpa rundingan bersama kepimpinan negeri dan akar umbi.

“Kami berpandangan apa-apa keputusan besar melibatkan kepimpinan Bersatu Perlis sewajarnya mengambil kira pandangan kepimpinan bahagian dan akar umbi yang selama ini menggerakkan parti di lapangan. Ini adalah pendirian politik kami dan kami bertanggungjawab terhadap pendirian itu,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Roshita berkata ia bukan keputusan yang dibuat kerana emosi, sebaliknya keputusan bersama yang lahir selepas menilai dengan serius arah perjuangan politik mereka.

Semalam, Naib Ketua Bersatu Kangar Faisol Rahman bersama-sama jawatankuasa bahagian serta 90 daripada 99 ketua cawangan di bahagian itu mengumumkan keluar daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Turut mengumumkan sedemikian ialah barisan kepimpinan Armada, Srikandi dan Srikandi Muda bahagian itu, termasuk Naib Ketua Armada Bahagian Kangar Mohd Firdaus Ismail bersama-sama semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Armada.

Pada Selasa, Bersatu Bahagian Padang Besar bersama-sama 14 ketua cawangan daripada 24 cawangan di bahagian itu mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti serta-merta.

Pimpinan Bersatu Padang Besar yang bertindak sedemikian terdiri daripada Timbalan Ketua Ramzi Md Udi, Naib Ketua Ramli Aripin, Naib Ketua Wanita Fazuwin Razak, Ketua Srikandi Muda Nurul Hafiza Ramli serta dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Zulkefli Hassan dan Nazri Khamis.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.