PunchWhy I participated in Lagos governorship debate – HamzatThe Jerusalem PostWith both countries' elections concluded, can Israel reset its US ties? - editorialInquirerVP’s defense begins amid calls for her to testify한겨레‘줄기세포 논문조작’ 황우석, UAE 국적 취득…한국 국적 상실Ghafla“I Was 20 And Single”- Bahati Recounts Adopting Son Morgan From Mathare 15 Years AgoCNN TürkHava Durumu (09-11-2026)ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGIGAZINEテスラがサイバートラックの生産を段階的に縮小するとイーロン・マスクが明かすIl Fatto QuotidianoSempre più morti sul lavoro, ma i media tacciono: anche l’indignazione è selettivaSözcü9 Kasım 2026 günlük burç yorumları: Dolunay Karaca 12 burç için yorumladıCollider9 Movies That Were Notoriously Difficult To MakeThe Japan TimesPeer-support program for healthier aging gains ground in Sendai
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Isu tahanan rumah Najib tak halang pengundi PH keluar undi, kata Adly

Translate

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, tidak menjangkakan kontroversi tahanan rumah bekas perdana menteri, Najib Razak serta pembayaran denda RM50 juta akan menyebabkan gabungan itu kehilangan undi pada PRN Melaka 14 Nov ini.

Menurutnya, isu itu mendapat perhatian di peringkat nasional, tetapi tidak mungkin menghalang penyokong PH daripada keluar mengundi.

“Kalau kita lihat penyokong-penyokong PH, isu utama mereka melibatkan tatakelola, ketelusan dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, PH tidak boleh bergantung kepada undi ahli dan penyokong sendiri saja untuk memenangi PRN Melaka.

“Kita mesti menang dengan sokongan rakyat Melaka.”

Isu berkaitan Najib mula menjadi perbualan hangat pada hujung minggu pertama kempen susulan pengumuman Umno pada 6 Nov lalu berhubung pembayaran denda yang dikenakan terhadap Najib dalam kes SRC International.

Najib diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International itu di bawah tahanan rumah, tertakluk pembayaran denda RM50 juta.

Selepas denda itu dilunaskan, Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan pelaksanaan tahanan rumah bagi Najib ditangguhkan sementara menunggu penelitian terhadap pengampunan bersyarat itu serta “Order of Discharge” daripada Mahkamah Tinggi.

Menurut AGC, dua perkara itu membabitkan “persoalan undang-undang kompleks” dan mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan pengampunan diraja serta perintah mahkamah.

PH dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara berasingan dalam PRN Melaka, walaupun kedua-duanya merupakan sekutu dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

BN membentuk pakatan pilihan raya dengan Perikatan Nasional yang diterajui PAS.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.