ESPN DeportesChivas baja decibeles ante un Santos que empieza a dar avisosInquirerSara Duterte’s continued absence from Senate impeach trial slammedESPNSource: LB Miller expected to sign with Cowboysוואלההתפרצות האבולה ברפובליקה הדמוקרטית של קונגו גבתה את חייהם של 2,325 בני אדםPunchMillwall sweat over Azeez injury한겨레[Column] No, tactical nukes aren’t practical for real-world useSözcüMarmara Depremi'nde hayatını kaybedenler İstanbul'da anıldıUOLDebate em MG tem Cleitinho conciliador, Roscoe discreto e Simões, Kalil e Gabriel no ataqueThe Jerusalem PostRapper ‘The Shadow’ removed as police volunteer amid investigationThe Sydney Morning HeraldAlan Jones trial live updates: ‘Complainant C’ says Jones offered him tour of Packer suite before kissing him in walk-in wardrobe경향신문“잠옷 아니야?” “식탁보인 줄”…젊은이들의 ‘이유 있는’ 파자마 패션MintTrump welcomes Mecca defence pact between Saudi, Pakistan, Turkey; says ‘shows how the Middle East is coming together’
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, August 17, 2026

Gerakan penerangan dapatan RCI TH diperluas babit ulama, agamawan

Translate

Gerakan penerangan mengenai dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan masyarakat memahami isu berkaitan pengurusan simpanan institusi itu secara menyeluruh.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mujahid Yusof Rawa, berkata gerakan itu akan dilaksanakan dengan penglibatan alim ulama dan agamawan bagi membantu masyarakat memahami dapatan RCI TH melalui masjid, surau, sekolah, jabatan kerajaan, kolej, universiti dan ruang pendidikan masyarakat.

Menurutnya, usaha itu susulan penganjuran Persidangan Khas Ulama dan Agamawan: Hifz al-Mal menghimpunkan lebih 100 alim ulama dan agamawan dari seluruh negara semalam bagi bermuzakarah isu RCI TH serta amanah menjaga simpanan 9.7 juta pendeposit yang majoritinya umat Islam.

“Matlamatnya jelas, fakta mesti diterangkan, amanah mesti dipertahankan dan penyelewengan terhadap harta umat tidak boleh dibiarkan berulang. Tabung Haji adalah amanah umat. Menjaganya adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Timbalan presiden Amanah itu berkata, persidangan yang berlangsung di sebuah hotel di sini digerakkan Sekretariat Ulama Malaysia bersama Mursyid al-’Am Majlis Ulama Malaysia, Abdul Rahim Abdul Rahman.

“Menariknya, persidangan ini bukan hanya menghimpunkan agamawan. Ia turut melibatkan panel daripada pelbagai latar belakang profesional dan keilmuan, termasuk akauntan bertauliah, pengulas ekonomi, pengamal undang-undang, asatizah serta ulama pondok.

“Gabungan kepakaran ini membolehkan isu RCI TH dibincangkan lebih menyeluruh, merangkumi aspek agama, kewangan, ekonomi, perakaunan, perundangan, tadbir urus serta amanah dalam menjaga harta umat.”

Antara pengisian utama ialah sesi ‘Merungkai RCI Tabung Haji’ yang membincangkan dapatan RCI dari sudut profesional, diikuti sesi ‘RCI Tabung Haji Kebangkitan Ummah dan Ulama’ memfokuskan peranan agamawan serta masyarakat dalam memahami dan mempertahankan amanah umat.

Jelasnya, prinsip Hifz al-Mal, iaitu menjaga dan melindungi harta menjadi asas persidangan itu, khususnya dalam konteks TH yang menguruskan simpanan jutaan umat Islam bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.