2 lagi budak disahkan maut jatuh longkang di Kulim

Dua lagi kanak-kanak yang lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Taman Desa Kayangan di Kulim, petang semalam disahkan meninggal dunia menjadikan jumlah mangsa dalam tragedi itu kepada empat orang.
Ketua Polis Kulim, Syamsul Sinring berkata dua lagi mangsa itu disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kulim, lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian itu, empat kanak-kanak tersebut termasuk dua beradik dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berkenaan yang terletak berhampiran sebuah kolam tadahan air ketika mahu mengambil bola.
Syamsul memberitahu, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.30 malam sebelum sepasukan anggota di kerahkan ke lokasi kejadian.
Dalam kejadian itu dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala dua lagi mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Semua mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, rakan mereka, Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.