The Jerusalem PostIDF destroys dozens of monuments honoring terrorists during West Bank counterterror operationsESPN DeportesAtlas toma ventaja ante Necaxa y se acerca a la zona altaESPNHurts' health bigger than football, as teammates, Sirianni detail QB concernCNN TürkAlanya'da 68 yıl 4 ay hapis cezası bulunan firari hükümlü yakalandıInquirerTaal Volcano logs 22 quakes as seismic activity continuesInquirer EntertainmentDennis Trillo’s MMFF movie ties up with Columbia Pictures for global distributionCollider‘Fire Country’s Newest Star Teases What’s Next for CJ in Season 5South China Morning PostChinese man celebrates wedding to one woman, baby with ex-lover at same venue on same dayUOLGoverno Trump diz apoiar eleições livres no Brasil e defende medidas contra Moraes, PCC e CVMalay MailJBPM officer Mohd Sani, missing after Nepal floods, among 121 honoured at KPKT appreciation night (VIDEO)ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioNew Straits TimesPolice hunt culprits behind suspected MRT cable theft in Damansara
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Wawasan mampu lunakkan imej PAS, tarik pengundi atas pagar, kata penganalisis

Translate

Parti Wawasan Negara (Wawasan) berpotensi mengimbangi imej PAS yang dilihat berpendirian keras, sekali gus membantu Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan pengundi bukan Melayu dan Melayu atas pagar, kata penganalisis.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata pendekatan inklusif Wawasan pimpinan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, yang membuka keahlian kepada semua kaum, boleh membantu PAS memperluas pengaruhnya di luar kubu tradisional parti itu.

“Persepsi yang wujud ialah PAS sebuah parti agak konservatif, dengan pengaruh hanya sekitar negeri-negeri Melayu tradisional,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, PAS sebelum ini mendapat manfaat daripada sokongan rentas kaum ketika PN dipimpin bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, khususnya di luar negeri-negeri SG4 menerusi kerjasama dengan Bersatu.

Namun, selepas PAS memutuskan hubungan politik dengan Bersatu, Mazlan berkata Wawasan berpotensi mengambil alih peranan itu terutama dalam usaha menarik sokongan pengundi yang sukar didekati parti Islam berkenaan.

Jelasnya, ia boleh dilakukan menerusi keterbukaan Wawasan membuka keahlian kepada semua kaum dan agama.

PAS memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pada 8 Jun lalu, walaupun kedua-duanya masih kekal dalam PN.

Lima hari kemudiannya Hamzah, bekas timbalan presiden Bersatu melancarkan Wawasan yang diterima menyertai PN bersama Pejuang pimpinan bekas Mukhriz Mahathir.

Mazlan berkata kerjasama dengan Wawasan lebih mudah bagi PAS kerana parti itu tidak bersaing menjadi ‘abang long’ atau kuasa dominan dalam sesebuah pakatan.

Namun jelasnya keadaan itu berbeza buat PAS dengan Umno yang mungkin mahu menjadi kuasa utama memandangkan sejarah serta rekod sebagai kerajaan selama lebih 60 tahun.

“Sudah pasti Umno sebagai parti lebih besar dan paling lama dari segi sejarah,” katanya.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

Bagaimanapun, Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpandangan kehadiran Wawasan tidak semestinya mengubah persepsi pengundi terhadap PAS sebagai parti berpendirian keras.

Katanya, imej konservatif itu juga tidak semestinya menjadi kelemahan kerana masih mendapat tempat dalam kalangan penyokong PAS dan sebahagian pengundi Melayu.

“Peranan Wawasan sebenarnya ialah mendapatkan sokongan bukan Melayu.

“Jadi ia bukan soal menjadikan PAS kurang berpendirian keras tetapi menjadikan PN secara keseluruhan lebih boleh diterima oleh bukan Melayu,” katanya.

Namun, Syaza berpendapat Wawasan sahaja tidak mencukupi untuk mengubah persepsi terhadap gabungan itu dan melihat Umno masih diperlukan bagi tujuan berkenaan.

Pengalaman mentadbir

Selain usaha menarik sokongan pengundi, Syaza berkata kehadiran tokoh seperti Hamzah dan Saifuddin Abdullah yang pernah menganggotai Kabinet boleh membantu PN menangkis dakwaan gabungan itu kekurangan pengalaman mentadbir.

Katanya, pengalaman tokoh itu yang memegang portolio seperti keselamatan dalam negeri dan diplomatik antarabangsa cukup penting kerana PAS dilihat masih kekurangan pemimpin yang mampu membawa perbincangan dasar melangkaui isu agama dan kaum.

“Jika ada saya percaya mereka akan mendorong perbincangan mengenai dasar.

“Sebab itu mereka menolak Dr Sam ke depan, tetapi beliau seorang sahaja tidak mencukupi,” katanya, merujuk kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden PAS.

Mazlan turut senada pengalaman Hamzah dan Saifuddin sebagai menteri serta mempunyai imej nasional boleh menjadi kelebihan kepada PN.

“Dari sudut pengalaman, pemimpin seperti Hamzah berada pada kedudukan jauh lebih berpengalaman berbanding pemimpin PAS,” katanya.

Menurutnya, pengalaman pemimpin berkenaan boleh membantu PN memperluas pendekatan politiknya dengan memberi lebih tumpuan kepada isu dasar, bukan sekadar agama dan kaum.

Pendekatan itu, katanya, penting untuk menarik sokongan pengundi sederhana dan progresif yang mahu melihat PN menawarkan dasar serta penyelesaian kepada isu negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.