Le DevoirSan Diego et Montréal, deux orchestres pour un même Rafael PayareBollywood HungamaEXCLUSIVE: Amit Sadh calls his Pratap character “Mike Tyson of police force”; admits BO success matters to him more than ever: “I am told even Instagram followers’ matter. Toh yeh toh box office hai yaar!”PunchNine dead in small plane crash near Trump’s Florida homeInquirerMMDA: Light traffic on major NCR roads on All Souls’ Day morningCNN TürkKimi Antonelli, Formula 1 tarihinin en genç şampiyonu olduSky TG24Le prime pagine dei quotidiani di oggi 2 novembre: la rassegna stampa한겨레공격농구에 흥미진진, 줄부상에 한숨…‘외국인 선수 두 명 동시 출전’이 뒤흔든 1라운드Screen RantThe Battlestar Galactica Franchise Officially Returns In 2027The Hollywood ReporterTallinn Black Nights Fest Turns 30 With New Artistic Director, a Latin American Streak and a Baltic BoomVanguardSolar Installation in Lagos: See Costs and BenefitsGIGAZINE「ポイ活」「プレイするだけで現金ゲット」をうたうアプリの人気が爆増、しかし実際にゲットするまでにとんでもない労力を費やさないといけないDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Joe Tate makes surprising new decisions
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Pemimpin PKR tuntut Rauf jelaskan status 55 projek

Translate

PKR mendesak Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh menjelaskan status terkini 55 projek pembangunan negeri yang dilaporkan masih belum bermula tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy, berkata penjelasan itu perlu diberikan sebelum pentadbiran Rauf meminta mandat baharu daripada rakyat Melaka.

“Jika projek-projek tersebut sudah siap, tunjukkan hasilnya kepada rakyat. Jika masih tertangguh, jelaskan puncanya dan bentangkan pelan penyelesaiannya,” katanya dalam kenyataan.

Pada 10 Jun 2025, Rauf dilaporkan berkata daripada 241 projek pembangunan negeri, 86 telah siap, 100 sedang dilaksanakan dan 55 lagi belum bermula.

Ketika itu, sebanyak RM19.52 juta atau 22.18% daripada peruntukan pembangunan negeri berjumlah RM88 juta dibelanjakan sehingga 31 Mei.

Sivamalar berkata, rakyat kini wajar diberi gambaran terkini selepas hampir 17 bulan.

“Adakah semua 55 projek itu kini telah dimulakan? Berapa yang sudah siap? Berapa yang masih tertangguh?” soalnya.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri menerbitkan butiran projek terbabit, termasuk lokasi, nilai peruntukan, agensi pelaksana, status semasa dan sasaran penyiapan.

Menurutnya, kedudukan peruntukan yang diluluskan, disalurkan dan dibelanjakan juga perlu diperincikan bagi membolehkan prestasi pelaksanaan dinilai berdasarkan fakta.

Sivamalar mengakui projek pembangunan boleh terjejas akibat isu perolehan, kelulusan teknikal, tanah, kontraktor atau kelewatan penyaluran dana.

Bagaimanapun, katanya, sebarang kelewatan perlu disertai penjelasan dan langkah penyelesaian yang jelas.

“Rakyat tidak hidup dengan angka dalam laporan semata-mata. Mereka mahu melihat hasil pembangunan yang benar-benar dapat dinikmati.

“Mandat baharu mesti diraih melalui rekod prestasi yang boleh disemak, bukan sekadar janji yang diulang,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.