PunchCanada denies Russian team entry for ice hockey tournamentThe Jerusalem PostGorillas at Ramat Gan Safari form 'living ladder' to reach food, TAU study finds한겨레최교진 교육장관 “수능 시험장 통신 차단 검토…과기부와 협의 중”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİran'ın elindeki Amerikan silahlarının sırrı ne?RTL BoulevardElf doden door brand op Thais vakantie-eiland PhuketAntara NewsChimes AI Achieves 2.9x Faster AI Inference with FPT AI FactoryWirtualna PolskaCzym Trump poleci do Chin? Są wątpliwości wokół Air Force One경향신문“‘수도권 빅5’ 버금가는 병원 만든다”···전남대병원, 신축 5년 단축SRF NewsKrieg im Nahen Osten – Presse: Dritter US-Flugzeugträger erreicht Nahen OstenMyJoyOnlineAfenyo-Markin accuses Mahama of sidelining Big Six in new currency designTagesschauMögliche Abkommen: Eignet sich Ruanda für Abschiebezentren?
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 16, 2026

Zahid cadang latihan PLKN dipanjangkan 90 hingga 180 hari

Translate

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mencadangkan supaya tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipanjangkan sekurang-kurangnya 90 hari atau 180 hari bagi memantapkan daya tahan pelatih.

Beliau berkata cadangan itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan untuk membiayai pelaksanaan program berkenaan.

“Saya merasakan tempoh 45 hari itu walaupun mencukupi setakat ini, kalau ia mahu lebih mantap, haruslah difikirkan supaya dapat digandakan kepada 90 hari sekurang-kurangnya atau kemudian 180 hari kerana daya tahan dalam kalangan wira muda ini mesti diterapkan melalui kurikulum Insya-Allah 4.0 atau 5.0 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 4/2026 PLKN 3.0.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Samad Igom.

Zahid berkata beberapa negara turut melaksanakan program khidmat negara dengan tempoh latihan sehingga setahun, yang dalam jangka panjang terbukti mampu membentuk generasi berdisiplin serta mempunyai daya tahan tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan mengkaji kaedah untuk memanfaatkan tenaga bekas pelatih PLKN, termasuk dengan melibatkan mereka dalam aktiviti kesukarelawanan ketika berlaku bencana atau apabila diperlukan.

“Sekarang memang telah ada. Umpamanya di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara di peringkat pusat, negeri dan daerah memang telah ada.

“Tetapi oleh kerana mereka akan berada dalam bidang berbeza, mungkin data boleh dikumpulkan untuk kita memobilisasikan mereka. Namun, jika mereka bekerja, itu agak sukar sedikit, tetapi mungkin suatu kaedah dapat dicari untuk membawa mereka menjadi sukarelawan ketika bencana atau ketika tenaga mereka diperlukan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 269 pelatih dari seluruh negara yang menjalani latihan di Rejimen 503 Askar Wataniah, Kem PLKN Hutan Melintang, menamatkan latihan selepas mengikuti modul selama 45 hari.

PLKN 3.0 Siri 4/2026, yang merupakan siri terakhir bagi tahun ini, menyaksikan seramai 1,899 wira muda negara berjaya menamatkan latihan di lapan pusat latihan di seluruh negara.

Pencapaian itu mewakili 102.10% daripada sasaran pengambilan seramai 1,860 orang, sekali gus mencerminkan sambutan positif serta komitmen tinggi peserta terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 1,149 orang merupakan wira muda lelaki manakala 750 orang terdiri daripada wira muda perempuan yang mengikuti latihan di enam Kem Cawangan Latihan Khidmat Negara serta dua Pusat Latihan RELA.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.