InquirerNCR hospitals, emergency teams on alert for ‘Undas’ESPN DeportesLa Águilas reaccionan pronto y marcan el empateDaily MaverickAMABHUNGANE: Takeover row: Butters vs the Takeover Regulation Panel — and Warren ChapmanESPN🏆 Sabathia, Watt top social media reaction to Brewers' World Series winPunchPolice nab NSCDC officer for shooting in Abuja market한겨레해킹 징후 알고도 대응 소홀…대교, 65만명 개인정보 유출에 과징금 32억5500만원CNN TürkTürkiye Cumhuriyet 103 yaşında!ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFسكاي نيوز عربيةبعد حادث إسبانيا.. كيف تحمي القطارات السريعة ركابها؟The Sydney Morning HeraldLeaked letter reveals growing Labor rift over Kimberley frackingMalay MailTrump administration dealt court blow as judge rejects bid to block 20,000 California voters ahead of midtermsSportstarLeague Cup 2026-27 Quarterfinals draw: Find out who Liverpool, Manchester City will face
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

Hampir 700 guru perlu sokongan psikologi

Translate

Seramai 691 guru dikenal pasti memerlukan intervensi segera bagi menangani kesejahteraan psikologi mereka susulan saringan terhadap 82,126 guru di seluruh negara yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata angka itu mewakili 0.84% daripada guru yang menjalani saringan berkenaan.

“Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan majoriti guru yang menjalani saringan berada pada tahap kesejahteraan psikologi yang baik.

“KPM akan terus memberikan perhatian dan intervensi kepada guru yang dikenal pasti memerlukan sokongan.

“Bagi membantu guru berkenaan, KPM melaksanakan pendekatan intervensi secara menyeluruh yang merangkumi aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling,” katanya.

Beliau menjawab soalan Muslimin Yahya (PN-Sungai Besar) mengenai bilangan guru dalam kategori masalah kesihatan dan kecelaruan mental serta langkah intervensi dan bantuan sokongan yang dilaksanakan KPM bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dan kerjaya.

Fadhlina berkata pendekatan intervensi dimulakan dengan pengesanan dan pengenalpastian keperluan individu, diikuti intervensi psikologi dan kaunseling yang bersesuaian.

Katanya, KPM turut mengambil inisiatif menaik taraf bilik guru dengan peruntukan keseluruhan RM200 juta, termasuk tambahan baharu sebanyak RM100 juta, bagi memperkukuh kesejahteraan warga pendidik.

Tahun lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata ramai guru berdepan masalah kesihatan mental kerana dibebani tekanan emosi akibat kepimpinan sekolah yang toksik, tuntutan digital yang semakin meningkat dan gangguan daripada ibu bapa.

Mengulas laporan berita mengenai guru yang mengalami kemurungan dan skizofrenia, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata semakin ramai guru berasa terasing dan tidak mendapat sokongan.

Beliau berkata guru yang bergelut dengan masalah mental sering takut untuk mendapatkan bantuan, sekali gus menyebabkan keadaan mereka semakin buruk.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.