Inquirer‘Mr. Pure Energy’ brings hope, music to kids in NegrosPunchSaraki condemns alleged intimidation of Kwara traditional rulersThe Jerusalem PostAfter Huang affair, NVIDIA's ex-sales head Puri found to have wed Super Micro executive - reportColliderNetflix’s New ‘Squid Game’ Replacement Officially Premieres in 1 MonthSouth China Morning PostCrafting a resilience blueprint amid polycrisis at Asian Insurance Forum 2026매일경제“화물 드론으로 태양광 설비를”…벤틀리, 크루공장 운영 탄소중립 검증سكاي نيوز عربيةترامب: نحاول منح إيران فرصة للتصرف بذكاءNew Straits Times3 RMAF officers, 3 civilians charged with drug traffickingEl ComercioSullana: Lluvia de gran intensidad provoca inundaciones en distintos sectores de la ciudad | VIDEOSNHKニュース【更新中】関文科相問責決議案 採決へ 可否は見通せない情勢The Hollywood ReporterMelissa Gilbert Expresses “Undying Gratitude” After Timothy Busfield’s Child Sex Abuse Case DismissedESPN DeportesRotondi analizó dejar Cruz Azul tras penal vs. América
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 27, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

SPRM nafi siasatan dua darjat, 20 saksi dipanggil isu belanja KKDW

Translate

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan ia mengamalkan siasatan dua darjat seperti dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.

Tegasnya, siasatan berhubung isu perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bermula sejak 7 Okt lalu.

Agensi antirasuah itu berkata, 20 saksi daripada pelbagai kementerian dan agensi berkaitan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan ke atas perbelanjaan Projek Jalan Luar Bandar (JALB).

Menurutnya, siasatan masih diteruskan, dengan semua maklumat serta keterangan diteliti bagi memastikan setiap aspek disiasat secara menyeluruh.

“Dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak mencerminkan prinsip profesionalisme, integriti serta tatacara kerja yang menjadi pegangan SPRM dalam melaksanakan setiap siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Lim mendakwa SPRM mengamalkan sikap dua darjat dalam menyiasat kontroversi lanjutan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) serta isu lebihan perbelanjaan RM2.1 bilion KKDW.

Beliau mendakwa SPRM bertindak segera dalam kes membabitkan KLSCAH, namun belum menunjukkan tindakan sama terhadap isu perbelanjaan KKDW yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Lim turut mempersoalkan mengapa SPRM tidak mengambil tindakan segera terhadap KKDW walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan lebihan perbelanjaan RM2.1 bilion.

Beliau berkata, laporan berhubung isu berkenaan dibuat Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, pada 6 Okt lalu.

Mengulas lanjut, SPRM berkata, pihaknya menghormati hak semua pihak untuk menyuarakan pandangan, kritikan dan teguran, namun sebarang dakwaan perlu berlandaskan fakta sahih serta disampaikan secara bertanggungjawab.

“Setiap siasatan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan peruntukan undang-undang, tanpa mengira kedudukan, pangkat atau latar belakang mana-mana individu,” katanya.

SPRM menegaskan komitmennya untuk menjalankan tanggungjawab secara profesional, bebas, adil dan telus bagi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang terus dipelihara.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.