The Jerusalem PostIDF confirms drone alert in northern Israel was false alarmPunchMessi wins second straight MLS Golden Boot, Nashville set record한겨레‘사업가 변신’ 그룹 노이즈 출신 홍종구…“그 시절 AI 있었다면 당연히 썼죠”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioWirtualna PolskaŚwiadczenie miało pomóc ciężko chorym. Umierają, zanim je dostanąSözcüAKP'yi alarma geçiren anket sonucu!CNN بالعربيةفيديو يوثق لحظات من حادث إطلاق نار مميت في بولنداLenta.ruБолее 20 человек пострадали в результате ночного землетрясения в Японии매일경제“밤 10시 이후엔 제발 자제해 달라”…아파트 공지문에 ‘갑론을박’Variety‘SNL’: Druski Dons Whiteface as Elizabeth Holmes in ‘You Can See Everything’ ParodyInquirerQuezon’s ‘Gamble’: PH sheltering Jewish refugees recalledBBC عربيالرئيس الإسرائيلي يكلف غادي آيزنكوت بتشكيل الحكومة
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Biar mahkamah selesai kekaburan tahanan rumah Najib

Translate

Tiga kumpulan masyarakat sivil menyeru semua pihak memberi ruang kepada mahkamah menyelesaikan kekaburan undang-undang berhubung tahanan dalam rumah bekas perdana menteri, Najib Razak, sebelum pelaksanaan itu dijalankan.

Projek Sama, Bersih, dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membangkitkan kekaburan mahupun kekhilafan yang serius, disengajakan atau tidak, dalam perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 6 Nov.

Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu berkata susunan kata dalam perintah tersebut boleh menyebabkan hukuman penjara enam tahun Najib bagi kes SRC International dianggap telah selesai.

Katanya, sekiranya Najib dilepaskan secara tidak sah dalam kes SRC, hukuman penjara 15 tahun beliau bagi kes 1MDB-Tanore akan bermula dengan serta-merta.

Mereka turut memuji Jabatan Peguam Negara (AGC) yang cukup berwaspada dalam mengenal pasti kekaburan perintah Mahkamah Tinggi dan berharap perintah itu tidak digesakan untuk dilaksana dengan tekanan politik atau kempen awam.

Kumpulan berkenaan berkata, sebarang percubaan menghalang kekaburan atau kekhilafan itu daripada dicabar di mahkamah bakal mencabuli kedaulatan undang-undang—dan seterusnya menghakis keyakinan awam dan antarabangsa terhadap tatakelola yang baik serta ekonomi Malaysia.

“Menghalang kekaburan atau kekhilafan ini daripada dicabar di mahkamah, secara prinsipnya, mencabuli kedaulatan undang-undang, sekali gus mengubah sifat asas Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan yang berteraskan
demokrasi berparlimen,” katanya.

Kumpulan tersebut berkata, perbezaan tafsiran terhadap peruntukan Perlembagaan dan undang-undang antara institusi suatu perkara biasa, justeru badan kehakiman mentafsir undang-undang dan menyelesaikan pertikaian perundangan.

Katanya, penangguhan secara singkat ini akhirnya akan memberi kelebihan kepada Najiib dari sudut pandangan awam.

“Pantang untuk Najib tergesa-gesa dengan proses ini sehingga terus menjejaskan kedaulatan undang-undang dan keyakinan awam terhadap demokrasi berparlimen,” katanya.

Mereka turut menuntut AGC mengumumkan pandangan bertulis peguam negara berhubung permohonan tahanan di rumah Najib, di mana orang ramai berhak mengetahui bagaimana tahanan rumah terhadap Najib dikawal selia dan atas asas undang-undang yang mana.

Sebelum ini, AGC menegaskan permohonann penangguhan pelaksanaan tahanan rumah Najib bukan bertujuan mempertikai, membatal atau menggantung perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kenyataan, AGC berkata isu dipersoalkan adalah kesan undang-undang bagi perintah pelepasan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan pembayaran denda RM50 juta oleh Najib, pada Jumaat.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.