PunchEnd political intimidation in Delta, Obidients urge security agenciesThe Jerusalem PostYom Kippur is about the freedom to choose, former Gaza hostages Keith and Aviva Siegel tell 'Post'CNN TürkBorsada denge süreci: Güven tesisi ne zaman sağlanır?וואלהיום כיפור בדרכים: מתי יפסקו הרכבות, האוטובוסים והטיסות?RTP DesportoPortugal lidera eliminatória com El Salvador em "excelente dia"ESPNA cathartic win 293 days in the making: Hanging in The Grove for Lane Kiffin's return한겨레민주 “내년 상반기 개헌 국민투표” 국힘 “‘연임 없다’ 발언 못 믿어”InquirerButuan’s water supply recovers, but some taps remain dryDaily MaverickLEARNERS STRANDED: Crackdown on unregistered Gauteng schools intensifies as fallout mounts for familiesSözcüFransa şarap üretemez hale geldiسكاي نيوز عربيةفيديو.. رجل يستنفر أمن البيت الأبيض ويطلب مقابلة ترامبIl Fatto QuotidianoTravaglio sul Nove: “Armi all’Ucraina incompatibili con la nostra Costituzione. Si arriverà al negoziato: perché ritardarlo?”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Keupayaan Najib bayar denda RM50 juta di luar kawalannya, kata peguam

Translate

Kemampuan Najib Razak membayar denda RM50 juta sebagai syarat tahanan rumah sebahagiannya di luar kawalan bekas perdana menteri itu kerana kebanyakan asetnya masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan prosiding penguatkuasaan, kata peguamnya.

Di bawah pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib Jumaat lalu, bekas presiden Umno itu akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda itu.

Firma guaman Shafee & Co dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihaknya berkata, Najib sedang menimbangkan pilihan terbaik untuk memenuhi syarat itu.

Najib masih di Penjara Kajang sementara syarat itu sedang diuruskan dan pasukan guamannya sedang meneliti syarat serta implikasi praktikalnya.

“Sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah anak guam kami masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan, dan pelupusannya tidak berada dalam kawalan beliau sepenuhnya.

“Oleh itu, keupayaan beliau untuk memenuhi syarat tersebut sebahagiannya bergantung kepada perkara yang berada di luar kawalan beliau.”

Peguamnya berkata, Najib berterima kasih kepada mereka yang menawarkan bantuan bagi memenuhi syarat pembayaran denda RM50 juta itu.

Tetapi, katanya, beliau tidak mahu ahli Umno, penyokong atau orang ramai berada terbeban atau terikat untuk membantunya.

“Beliau tetap berterima kasih kepada mereka yang, atas kerelaan sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing, telah memilih untuk menghulurkan sokongan dan bantuan.

“Keikhlasan mereka merupakan sumber kekuatan amat besar kepada beliau sejak dulu hingga hari ini.”

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.