5 maut ditembak dalam pertikaian pajakan hotel di India

Lima maut ditembak, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian yang berpunca daripada pertikaian pajakan sebuah hotel di Guwahati, timur laut India, pada Isnin malam, menurut polis.
“Enam cedera akibat terkena tembakan, namun lima daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” kata Ketua Polis Guwahati Partha Sarathi Mahanta kepada pemberita.
Suspek yang dikenal pasti sebagai pemegang pajak, Ghanakanta Gogoi, ditahan dan sepucuk pistol turut dirampas.
Siasatan awal polis mendapati kejadian tembakan di Hotel Bilas Inn itu berpunca daripada pertikaian berhubung pajakan hartanah berkenaan.
Mahanta berkata, empat mangsa maut merupakan anggota keluarga pemilik hotel itu, manakala seorang lagi berasal dari kampung sama dengan keluarga berkenaan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.