InquirerGov’t workers to get bonus, cash giftDaily MaverickREFLECTION: Connection is an act of resistanceThe Jerusalem PostWater Authority has no flooding plan, no budget, no organization, climate resilience expert says한겨레내신시험까지 침투한 스마트 안경…올해 전국 중·고교서 4건 적발CNN TürkGalatasaray efsanesi Cevad Prekazi, 69 yaşında hayatını kaybettiZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioStraits Times SportMax Verstappen shines again at Sao Paulo GP, as Liam Lawson shows he’s a Kiwi who can flyVanguardINEC in Eye of the Storm: Electoral body battles to clean voters’ register – InvestigationBBC عربيوزير الخارجية الأمريكي يصف مطالب إيران بـ "السخيفة"، ويقول إنه لا يتوقع انفراجة وشيكةRai NewsIsraele, Eisenkot riceve l'incarico di governo e apre alle destre: "Un momento critico"Khaosod EnglishGovernment urges Thais not to panic-buy, says supplies remain sufficientGMA NewsPNP: Focus crimes down by 32% in July-October 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

PH komited teruskan peruntukan Adun pembangkang jika tadbir Melaka

Translate

Pakatan Harapan (PH) komited meneruskan pemberian peruntukan kepada Adun pembangkang jika kembali mentadbir Melaka, seperti dilakukannya ketika menjadi kerajaan negeri pada 2018.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata pemberian peruntukan itu wajar bagi memastikan semua wakil rakyat mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat kepada masyarakat.

Bekas ketua menteri Melaka itu berkata, ketika PH mentadbir Melaka pada 2018, mereka menjadi kerajaan negeri pertama yang memberikan peruntukan kepada Adun pembangkang.

“Berdasarkan pengalaman saya sebagai pembangkang, ketiadaan peruntukan menyukarkan Adun menguruskan pusat khidmat dan membantu masyarakat di kawasan.

“Kalau kita menjadi Adun (tetapi) langsung tiada peruntukan, ia amat menyukarkan. Paling tidak, perkara asas ialah peruntukan untuk operasi pusat khidmat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Adly berkata, walaupun terdapat peruntukan menerusi pejabat daerah dan agensi kerajaan, sumber kewangan daripada kerajaan negeri untuk Adun amat diperlukan untuk manfaat rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan.

Menyentuh aspek reformasi pentadbiran kerajaan negeri, calon PH bagi DUN Bukit Katil itu berhasrat memperluas inisiatif pendigitalan, antaranya menerusi sistem Smart Melaka sebagai medium permohonan bantuan dan aduan rakyat.

Kaedah itu, menurutnya, bertujuan memastikan pengagihan bantuan dan usaha menangani masalah rakyat dilaksanakan dengan lebih telus tanpa dipengaruhi faktor politik.

“Menerusi pendekatan ini, setiap permohonan bantuan dan aduan diterima wakil rakyat akan direkodkan dalam sistem, sebelum disalurkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan, termasuk keputusan kelulusan atau penyelesaian masalah.

“Pelaksanaan sistem pendigitalan juga membolehkan rakyat mengetahui status aduan dikemukakan, termasuk berkaitan infrastruktur seperti parit tersumbat dan pokok tumbang. Ini juga memudahkan kerajaan memantau tindakan yang diambil.”

Merujuk DUN Bukit Katil, Adly berkata, 255 aduan penduduk diterima sejak hujung tahun lalu dengan 231 daripadanya selesai.

Daripada jumlah itu, 101 permohonan melibatkan isu parit, saliran dan infrastruktur, manakala lebih 80 berkaitan kebajikan, termasuk keperluan peralatan kesihatan serta bantuan untuk anak menjalani rawatan kesihatan.

Pada PRN Melaka ke-16, Adly berdepan saingan empat penjuru, iaitu Muhammad Ridzuan Mohd Sarif yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Dr Aliza Che Amran (Parti Bersama Malaysia) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).

Pada PRN Melaka 2021, beliau memenangi kerusi Bukit Katil dengan majoriti 1,057 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian dan pengundian awal pada 10 Nov ini.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.