Le DevoirSan Diego et Montréal, deux orchestres pour un même Rafael PayareBollywood HungamaEXCLUSIVE: Amit Sadh calls his Pratap character “Mike Tyson of police force”; admits BO success matters to him more than ever: “I am told even Instagram followers’ matter. Toh yeh toh box office hai yaar!”PunchNine dead in small plane crash near Trump’s Florida homeInquirerMMDA: Light traffic on major NCR roads on All Souls’ Day morningCNN TürkKimi Antonelli, Formula 1 tarihinin en genç şampiyonu olduSky TG24Le prime pagine dei quotidiani di oggi 2 novembre: la rassegna stampa한겨레공격농구에 흥미진진, 줄부상에 한숨…‘외국인 선수 두 명 동시 출전’이 뒤흔든 1라운드Screen RantThe Battlestar Galactica Franchise Officially Returns In 2027The Hollywood ReporterTallinn Black Nights Fest Turns 30 With New Artistic Director, a Latin American Streak and a Baltic BoomVanguardSolar Installation in Lagos: See Costs and BenefitsGIGAZINE「ポイ活」「プレイするだけで現金ゲット」をうたうアプリの人気が爆増、しかし実際にゲットするまでにとんでもない労力を費やさないといけないDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Joe Tate makes surprising new decisions
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Pengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia

Translate

Pengasas rangkaian restoran BananaBro dan Boat Noodle, Tony Lim, meninggal dunia.

Berita pemergiannya diumumkan hari ini menerusi akaun media sosial kedua-dua jenama makanan itu. Umur dan punca kematiannya tidak dinyatakan.

Dalam hantaran di Instagram, BananaBro berkata beliau mempunyai impian untuk memperkenalkan nasi daun pisang ke seluruh dunia, yang kemudiannya membawa kepada penubuhan rangkaian restoran itu.

“Tony bukan sekadar berkongsi visinya. Beliau mencurahkan sepenuh hati kepada orang di sekelilingnya dan perjalanan yang diyakininya.

“Walaupun beliau tiada lagi bersama kami, impiannya akan terus hidup dalam setiap hidangan daun pisang yang kami sajikan dan setiap insan.

“Terima kasih, Tony. Semangat anda memberi inspirasi kepada kami, kemurahan hati anda menyentuh kami dan legasi anda akan terus hidup,” katanya.

Sementara itu, Boat Noodle menyifatkan Lim sebagai seorang yang berjiwa besar dan mentor yang membangunkan jenama itu dengan keyakinan terhadap mereka yang bekerja bersamanya.

“Beliau mengajar kami supaya tidak berputus asa, percaya kepada diri sendiri dan paling penting, berkembang bersama.

“Bagi Tony, semua itu bukan sekadar kata-kata, tetapi prinsip yang dipegang dalam kehidupannya.

“Tony, terima kasih kerana mempercayai kami, atas segala yang anda ajarkan dan kerana meninggalkan sesuatu yang begitu bermakna untuk kami teruskan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ketika ini, Boat Noodle mempunyai 49 cawangan manakala BananaBro mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh negara.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.