The Jerusalem PostWATCH: Gazan activist calls for peace with Israel, blames Hamas for war, seeks meeting with Trumpוואלהרשות האוכלוסין מפרסמת: מה השם הנפוץ ביותר בקרב ילידי תשפ"ו?PunchIndonesia’s main airport suspends operations after volcanic eruptionInquirerBukidnon IP coffee farmers get boost from national, local officialsCNN TürkBeyaz Saray'dan oyun skandalıDaily MaverickATHLETICS: Supermoms Walaza and Malungane are moulding SA’s sports starletsInquirer EntertainmentFAP postpones announcement of Philippines’ 2027 Oscars entry한겨레‘정권 탈환’ 위협할 야당 없는 일본 [세계의 창]UOLPlanalto mobiliza militância para lotar 7 de Setembro, mas proíbe propaganda políticaObservador DesportoA jovem com ansiedade que já não conseguia ir à escola경향신문[여적]“이주노동자 연애 자제” 지침Tagesschau++ Liveticker zur Sachsen-Anhalt-Wahl: AfD-Spitzenkandidat Siegmund gibt Stimme ab ++
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 6, 2026

Santiago beri amaran masalah pengambilan pekerja asing berulang

Translate

Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberi amaran bahawa sebarang langkah membawa masuk lebih ramai pekerja Bangladesh berisiko meneruskan masalah yang telah lama wujud dalam sistem pengambilan pekerja asing di Malaysia.

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam pada Selasa berkata Malaysia akan mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang, dakwaan yang dinafikan Menteri Sumber Manusia R Ramanan.

Malaysia menghentikan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh selepas 31 Mei 2024 berikutan kebimbangan mengenai kos pengambilan yang tinggi, sindiket pekerjaan palsu dan buruh paksa. Santiago berkata sebarang pengambilan semula mesti disertai langkah perlindungan bagi mengelakkan masalah itu berulang.

Katanya, kerajaan perlu terlebih dahulu menangani masalah struktur dalam sistem pengambilan sedia ada, termasuk bayaran berlebihan yang dikenakan kepada pekerja serta penglibatan pelbagai pihak perantara.

Kebimbangan utamanya ialah cadangan struktur yang membolehkan 25 agensi pengambilan pekerja Bangladesh mengawal akses ke pasaran buruh Malaysia dilihat menyerupai sistem terdahulu.

Kebimbangan mengenai saluran pengambilan pekerja antara Malaysia dan Bangladesh bukan perkara baharu.

Pada 2024, sekumpulan pakar dilantik Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan dakwaan pengambilan pekerja secara penipuan membabitkan rangkaian di Bangladesh dan Malaysia, dengan pekerja dikenakan bayaran berlebihan, terjerumus dalam hutang dan sesetengahnya tiba di Malaysia namun tiada pekerjaan yang menanti.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata laporan mengenai pekerja Bangladesh yang tiba dengan permit sah tetapi mendapati pekerjaan yang dijanjikan tidak wujud mula muncul sekitar 2023.

Pada Februari 2024, seramai 733 pekerja asing Bangladesh yang ditipu untuk datang ke Malaysia bagi pekerjaan tidak wujud dianugerahkan lebih RM1 juta sebagai gaji tertunggak. Penyelesaian itu disifatkan Kementerian Sumber Manusia sebagai kes penting.

Keperluan pengawasan bebas

Pengarah eksekutif North-South Initiative, Adrian Pereira, mengakui Malaysia mempunyai permintaan terhadap pekerja asing, namun berkata pengambilan mereka mesti dilakukan secara sah, telus dan bebas daripada buruh paksa.

Pereira berkata masyarakat sivil tidak mempunyai maklumat mencukupi mengenai cara pekerja asing diambil bekerja atau bagaimana kuota diperuntukkan, sambil menyatakan tiada audit bebas atau ombudsman yang mengawasi sistem pengambilan pekerja berkenaan.

Katanya, bayaran pengambilan yang tinggi telah menyebabkan pekerja terjerumus dalam jerat hutang, manakala Malaysia masih tidak mempunyai dasar menyeluruh mengenai pekerja asing bagi memastikan kos pengambilan tidak dipindahkan kepada mereka.

“Semua pihak mesti memastikan tiada pekerja membayar untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.

“Pekerja tidak sepatutnya membayar untuk mendapatkan pekerjaan, selaras dengan piawaian ILO, piawaian rantaian bekalan dan perjanjian Malaysia-Bangladesh 2021.”

Pereira turut menggesa supaya latihan sewajarnya diberikan sebelum berlepas, selepas tiba di Malaysia dan sebelum memulakan pekerjaan, supaya pekerja asing memahami kontrak serta hak mereka sebelum berada dalam situasi yang berpotensi dieksploitasi.

Beliau memberi amaran bahawa mengehadkan pengambilan kepada 25 agensi tidak selaras dengan piawaian pengambilan pekerja secara adil ILO dan boleh membawa kepada pembentukan kartel, seperti yang berlaku sebelum ini.

Pereira turut berkata syarat antara majikan dengan ejen pengambilan pekerja perlu telus.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.