Senarai penuh calon bertanding PRN Melaka ke-16

Kempen PRN Melaka ke-16 secara rasmi kini bermula, dengan Barisan Nasional (BN) berusaha mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan negeri.
BN dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan PAS sekali lagi bergabung dalam pilihan raya yang disifatkan sesetengah pihak sebagai petunjuk awal kepada pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) dan bekas komponennya, Bersatu, kembali bekerjasama menerusi satu pakatan, meskipun kedua-duanya akan bertembung di beberapa kerusi.
Beberapa pemimpin utama parti turut berusaha mengekalkan kedudukan sebagai Adun, termasuk Ketua Menteri daripada BN Ab Rauf Yusoh (Tanjung Bidara), Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh (Merlimau) dan Naib Presiden MCA Lim Ban Hong (Kelebang).
Bagi PH, antara calon utama yang diketengahkan ialah bekas Ketua Menteri Adly Zahari (Bukit Katil) dan Azman Abidin (Paya Rumput), setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
PN pula menampilkan bekas ketua pembangkang negeri, Dr Yadzil Yaakub di Bemban, manakala bekas timbalan speaker Dewan Negara, Ali Mohamad, menjadi calon Bersatu di Kelebang.
Bersama, yang diterajui beberapa bekas pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli, meletakkan 16 calon, manakala Putra menamakan seorang calon.
Senarai penuh calon yang bertanding dalam pilihan raya:
N1. Kuala Linggi
Rosli Abdullah (BN)
Mukhlisul Mubin Julasapiyah (PH)
Dr Farhana Hamzah (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Rosli Abdullah (BN) – 3,554 undi (majoriti 1,836 undi).
N2. Tanjung Bidara
Ab Rauf Yusoh (BN)
Yunazri Mustamiri (PH)
Pemenang PRN 2021: Ab Rauf Yusoh (BN) – 3,559 undi (majoriti 364 undi).
N3. Ayer Limau
Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN)
Jaimi Dimon (PH)
Pemenang PRN 2021: Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN) – 3,838 undi (majoriti 1,085 undi).
N4. Lendu
Abdul Hakim Abdul Wahid (BN)
Nazri Ramli (Bersatu)
Pemenang PRN 2021: Sulaiman Ali (BN) – 4,486 undi (majoriti 3,104 undi).
N5. Taboh Naning
Zulkiflee Zin (BN)
Junainah Sahat (PH)
Pemenang PRN 2021: Zulkiflee Zin (BN) – 3,170 undi (majoriti 1,825 undi).
N6. Rembia
Ahmad Norazril Aziz (BN)
Khuzairie Kamal Kannan (PH)
Aman Akil Abdul Talib (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Jailani Khamis (BN) – 4,224 undi (majoriti 860 undi).
N7. Gadek
S Nadarajah (BN)
Jegasilan K (PH)
B Laveen (Bersama)
Laila Norinda Maon (Putra)
Pemenang PRN 2021: VP Shanmugam (BN) – 3,022 undi (majoriti 559 undi).
N8. Machap Jaya
Ngwe Hee Sem (BN)
Ginie Lim (PH)
B Prasanth Kumar (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Ngwe Hee Sem (BN) – 3,732 undi (majoriti 938 undi).
N9. Durian Tunggal
Mustafa Musa (BN)
Ashraf Mukhlis Minghat (PH)
Pemenang PRN 2021: Zahari Abdul Khalil (BN) – 3,663 undi (majoriti 559 undi).
N10. Asahan
Fairul Nizam Roslan (BN)
P Denesh (PH)
Pemenang PRN 2021: Fairul Nizam Roslan (BN) – 5,659 undi (majoriti 2,993 undi).
N11. Sungai Udang
Rais Yasin (BN)
Abdullah Mahadi (Bersatu)
Ridzuan Abdul Rahman (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Dr Aleef Yusof (PN) – 6,789 undi (majoriti 530 undi).
N12. Pantai Kundor
Tuminah Kadi (BN)
Asmah Samat (Bersatu)
Pemenang PRN 2021: Tuminah Kadi (BN) – 3,960 undi (majoriti 827 undi).
N13. Paya Rumput
Azman Abidin (PH)
Rafie Ahmad (PN)
Abdul Rashid Abu Bakar (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Rais Yasin (BN) – 6,830 undi (majoriti 629 undi).
N14. Kelebang
Lim Ban Hong (BN)
Farzana Hayani Nasir (PH)
Ali Mohamad (Bersatu)
Young Jie Yu (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Lim Ban Hong (BN) – 5,028 undi (majoriti 876 undi).
N15. Pengkalan Batu
Siti Aisyah Mahmood (BN)
Jason Tze-Xi Nathan (PH)
Norhizam Hassan Baktee (Bersatu)
Goh Han Koon (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Kalsom Nordin (BN) – 4,839 undi (majoriti 131 undi).
N16. Ayer Keroh
Kerk Chee Yee (PH)
Michael Gan (PN)
Hamnaim Mohamad (Bersatu)
Muhaimin Lau Abdullah (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Kerk Chee Yee (PH) – 9,459 undi (majoriti 5,624 undi).
N17. Bukit Katil
Adly Zahari (PH)
Ridzuan Sarif (PN)
Aliza Che Amran (Bersama)
Abu Bakar Sabudin (Bebas)
Pemenang PRN 2021: Adly Zahari (PH) – 6,805 undi (majoriti 1,057 undi).
N18. Ayer Molek
Ridhwan Ali (BN)
Hakimin Mokhtar (PH)
Pemenang PRN 2021: Rahmad Mariman (BN) – 6,348 undi (majoriti 2,802 undi).
N19. Kesidang
Allex Seah (PH)
Albert Kok (PN)
Dr Bryan Kek (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Allex Seah (PH) – 14,769 undi (majoriti 10,237 undi).
N20. Kota Laksamana
Melvin Chua (BN)
Low Chee Leong (PH)
Ethan Lim (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Low Chee Leong (PH) – 13,508 undi (majoriti 11,494 undi).
N21. Duyong
Noor Helmy Abdul Halem (BN)
Poo Long Suan (PH)
Pemenang PRN 2021: Noor Helmy Abdul Halem (BN) – 4,684 undi (majoriti 200 undi).
N22. Bandar Hilir
Jasmine Lok (BN)
Leng Chau Yen (PH)
Nor Rashidi Ab Jalil (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Leng Chau Yen (PH) – 9,091 undi (majoriti 7,778 undi).
N23. Telok Mas
Abdul Razak Abdul Rahman (BN)
Mohamad Jaafar (PH)
Hazwan Mustafa (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Abdul Razak Abdul Rahman (BN) – 6,052 undi (majoriti 2,076 undi).
N24. Bemban
Dr Yadzil Yaakub (PN)
Rabaie Ab Hamid (Bersatu)
Dr Solehin Saleh (Bersama)
Abd Halim Said (Bebas)
Pemenang PRN 2021: Dr Yadzil Yaakub (PN) – 4,211 undi (majoriti 328 undi).
N25. Rim
Khaidiriah Abu Zahar (BN)
Esma Eazreen Husin (PH)
Pemenang PRN 2021: Khaidiriah Abu Zahar (BN) – 4,037 undi (majoriti 1,327 undi).
N26. Serkam
Azman Abdullah (BN)
Faiq Azman (PH)
Saffie Yasan (Bersama)
Pemenang PRN 2021: Zaidi Attan (BN) – 5,038 undi (majoriti 79 undi).
N27. Merlimau
Dr Akmal Saleh (BN)
Rahayu Hamzah (PH)
Pemenang PRN 2021: Dr Akmal Saleh (BN) – 5,633 undi (majoriti 3,248 undi).
N28. Sungai Rambai
Jezlee Pit (BN)
Aminuddin Abdul Jalil (PH)
Norrizan Jantan (Bebas)
Pemenang PRN 2021: Siti Faizah Abdul Aziz (BN) – 3,801 undi (majoriti 1,137 undi).
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.