PunchHow Moniepoint customers can check eligibility for FG’s ₦50,000 relief supportThe Jerusalem PostIran's IRGC says two tankers and tugboat caught fire in Strait of HormuzBollywood HungamaCONFIRMED: Sunny Deol makes a ROCKING entry as Lord Hanuman during Ramayana’s end creditsInquirerOSG: Senate didn’t amend Charter in revised impeach rule한겨레인천시 내년도 예산안 15조9천억원…올해 예산보다 3.75% 증가CNN TürkÜç ülkeden ortak savunma hamlesi! Mekke Anlaşması Meclis'teZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFComplete SportsUCL: ‘A Lot To Learn’ – Arteta Critical Of Arsenal Performance Despite Win Over Slavia PragueWirtualna PolskaZłe wieści dla Donalda Tuska. Polacy zabrali głos w nowym sondażuHet Laatste Nieuws🎧 “Daar lachte Ivan Leko eens mee”: HLN Voetbalpodcast blikt terug op PSV-Club Brugge경향신문[단독]유해화학물질 다루는 반도체 실습…학생 안전교육은 공통 매뉴얼에 의존سكاي نيوز عربيةفضيحة انتخابية في كاليفورنيا.. اتهام 28 شخصا بالاحتيال
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 5, 2026

2,364 pelajar tahfiz daftar program TVET sejak 2023

Translate

Seramai 2,364 pelajar tahfiz mendaftar dalam pelbagai program latihan kemahiran di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari 2023 hingga 2025, kata Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Pengerusi Majlis TVET Negara itu berkata, data Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) turut merekodkan 900 pelajar tahfiz berjaya memperoleh pensijilan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Saad @ Yahya (PN-Pokok Sena) mengenai perkembangan dan cabaran pelaksanaan tahfiz TVET, Zahid memaklumkan, pensijilan NOSS merangkumi 609 orang pada Tahap 3, 285 orang Tahap 4 dan enam orang Tahap 5.

“Dari segi peluasan program di bawah Kesuma, Jabatan Tenaga Manusia menambah penawaran TVET Tahfiz daripada sebuah institusi pada 2024 kepada empat Kolej Teknologi Termaju, iaitu di kampus Selandar, Kepala Batas, Kuala Lumpur dan Jerantut.”

Katanya, langkah itu menyaksikan 375 pelatih mengikuti latihan sepenuh masa peringkat sijil serta program diploma pensijilan mikro di institusi berkenaan setakat 31 Ogos lalu.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, di bawah inisiatif kementeriannya, seramai 1,165 pelajar tahfiz mengikuti program TVET merangkumi kursus jangka pendek dan latihan modular sehingga peringkat ijazah sejak Program Huffaz Profesional diperkenalkan di Universiti Kuala Lumpur pada 2016.

Program itu kini diperluaskan ke TVETMara, GiatMara, Institut Kemahiran Tinggi Perda, Kolej Keda dan Kolej Ketengah, selain disokong penyediaan program persediaan akademik serta unit latihan bergerak ke institusi tahfiz dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, pelaksanaan program digerakkan menerusi Program Techno-Huffaz di politeknik dan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti.

“Setakat Oktober 2026, seramai 1,216 pelajar tahfiz mengikuti program TVET Tahfiz di Kolej Komuniti, merangkumi 1,196 pelajar melalui 89 kursus Micro-Credentials Stand Alone dan 20 pelajar menerusi kursus kemahiran profesional.”

Menyentuh cabaran pelaksanaan, Zahid berkata, isu utama yang dikenal pasti termasuk perbezaan tahap kelayakan akademik dan penguasaan digital pelajar, penyelarasan jadual kemahiran dengan hafazan serta keterbatasan fasiliti dan tenaga pengajar bertauliah di kawasan luar bandar.

Justeru, kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi dan industri melalui penawaran kursus fleksibel serta modular.

“Ini bagi memastikan latihan disediakan kekal relevan dengan pasaran kerja semasa serta melahirkan huffaz profesional seimbang dari segi penguasaan ilmu agama, kemahiran teknikal dan kebolehpasaran.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.