CNN TürkSHAKHTAR DONETSK - FENERBAHÇE MAÇI NE ZAMAN? Shakhtar Donetsk - Fenerbahçe maçı nerede oynanacak?PunchMeet Busari, coach behind Flamingos’ historic World Cup triumphThe Jerusalem PostAt least 17 injured after bus, minibus crash on Ayalon HighwayDaily MaverickSTEPPING UP: Simon Harmer’s transition from exile to Proteas’ top Test spinnerБи-би-сиСтрельба в Кракове: убиты шесть человек, власти заявили об ультраправых взглядах нападавшего, в его доме обнаружены тела его родителей и сестрыWirtualna PolskaPierwsza taka sytuacja od 1939 roku. Hejnał mariacki zamilkłIl Fatto QuotidianoJosh O’Connor sarà il nuovo James Bond? “È un momento incredibilmente bizzarro, quasi surreale. È davvero incredibile”MyJoyOnlineIsaac Aboagye Duah elected Tennis President of West Africa ZoneNU.nlDoden in huis schutter Krakau zijn zus (21) en ouders, oproepen tot bloeddonatietazNeuer Zürich-„Tatort“: Ein ungleiches Duoالشرقالصين.. الحزب الشيوعي يستعد لمؤتمره العام في 2027 بزيادة عدد مندوبيهkickerNächstes Wintermärchen? Hens hofft auf "so eine Euphorie"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC dan Maju Institute of Educational Development (MIED) di Kota Kemuning.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi MIED SA Vigneswaran, yang juga presiden MIC, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Pesta Cahaya yang dihadiri hampir 3,000 tetamu daripada pelbagai kaum.

Perdana menteri meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu dan majlis juga dihadiri beberapa pemimpin politik, antaranya bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA Wee Ka Siong.

Sementara itu, Vigneswaran berkata, sambutan itu membuktikan rakyat Malaysia boleh hidup secara harmoni serta sentiasa berkongsi kegembiraan perayaan sepanjang tahun.

“Perayaan dapat menjadi medan integrasi antara kaum. Walaupun wujud perbezaan latar belakang politik, sambutan seperti ini berupaya mengetepikan segala perkara itu demi kebersamaan,” katanya.

Vigneswaran berharap rakyat Malaysia dapat meneruskan keakraban sedia ada dan menjadikannya sebagai kekuatan untuk negara bergerak ke arah kemajuan secara menyeluruh.

Sementara itu, Wee berkata suasana majlis itu bukan sahaja meriah, malah menzahirkan keunikan kepelbagaian rakyat Malaysia dalam suasana muhibah.

“Semangat muhibah telah lama terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia dan ia perlu dipelihara demi kemakmuran negara yang kita cintai,” katanya.

Pada majlis itu, Vigneswaran dan Wee mengiringi perdana menteri memotong kek sebagai simbolik kemuncak majlis rumah terbuka tersebut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.