The Jerusalem PostIsraelis favor Netanyahu, Eisenkot debate as poll shows PM's bloc ahead - pollESPN DeportesFalcons se van al descanso en ventaja ante unos Ravens finos en goles de campoESPNRanking the final four teams한겨레서울시 ‘모아통합기획’ 공모…2030년까지 후보지 100곳 목표InquirerKin of 3 killed in Cagayan de Oro road crash cry for justiceZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLDe quem é Nossa Senhora?Lenta.ruВ Бурятии за неделю ликвидировали десятки медведей из-за угрозы людям경향신문전남광주시, 햇빛소득마을 2차 공모 105개 마을 선정···전국 최다中国新闻网日月谭天丨为何说在当前国际局势下 赖清德的“台独”呓语更显可笑?Malay MailHorror movie ‘Other Mommy’ scares up US$27.5m debut in North America as ‘The Social Reckoning’ stumblesThe Sydney Morning HeraldAustralian engineer Robert Pether released from Iraqi prison
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

Kebakaran tercetus di lapangan terbang Riyadh selepas terkena projektil

Translate

Houthi

Kumpulan Houthi pada Khamis mengumumkan mereka menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dengan misil balistik. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:

Kebakaran tercetus di Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada Ahad selepas terkena projektil tidak dikenal pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi.

Pakatan itu dalam kenyataan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan sedang menangani kebakaran berkenaan, tanpa memberikan butiran tahap kerosakan atau terdapat sebarang korban.

Dalam kenyataan susulan, pakatan itu mengumumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan sebuah misil krus berhampiran lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, pakatan itu tidak menjelaskan sama ada misil dipintas mempunyai kaitan dengan projektil terkena terminal terbabit atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Insiden itu berlaku sehari selepas serangan di lapangan terbang sama yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 309 lagi, menurut angka dikeluarkan pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi antara malam Sabtu dan pagi Ahad.

Pihak berkuasa itu pada Sabtu mengumumkan operasi di lapangan terbang berkenaan digantung sehingga penilaian kerosakan dan pemeriksaan keselamatan terhadap kemudahannya selesai, dengan penyelarasan bersama pihak berkuasa berkaitan.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid turut menjadi sasaran dua serangan pada Khamis lalu, masing-masing menyasarkan kemudahannya dan sebuah pesawat Saudi Arabian Airlines.

Pihak berkuasa penerbangan pada Jumaat memaklumkan serangan itu mengorbankan tiga warga Arab Saudi serta mencederakan beberapa rakyat dan penduduk pelbagai kewarganegaraan, selain menyebabkan kerosakan harta benda.

Serangan terdahulu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha dan King Khalid pada 6 dan 7 Okt lalu yang mengorbankan tiga penduduk, masing-masing warga Maghribi, Algeria dan Sudan serta mencederakan 36 mangsa, menurut pihak berkuasa Arab Saudi.

Insiden terbaharu itu menjadikan jumlah serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid sejak Selasa lalu meningkat kepada lima dalam tempoh seminggu, menurut kiraan Anadolu berdasarkan kenyataan rasmi Arab Saudi.

Pihak berkuasa Arab Saudi belum mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun kumpulan Houthi pada Khamis mengumumkan mereka menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dengan misil balistik.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.