Senator gesa JPA teliti kelonggaran cuti tanpa rekod Deepavali

Seorang senator menggesa kerajaan meneliti pemberian kelonggaran khas cuti tanpa rekod (CTR) kelompok kepada penjawat awam beragama Hindu susulan pertindihan tarikh sambutan Deepavali pada 8 Nov ini dengan cuti hujung minggu.
Dr RA Lingeshwaran berkata, sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada Ahad manakala Isnin adalah cuti umum gantian di negeri berkenaan.
Justeru, beliau merayu perdana menteri mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji dan memberikan pertimbangan positif berhubung isu itu.
“Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada penjawat awam beragama Hindu dapat menikmati kemudahan CTR kelompok sepenuhnya.
“Saya berharap permohonan ini mendapat pertimbangan positif demi kebajikan penjawat awam beragama Hindu.
“Dengan ini, mereka dapat membuat persiapan dan menyambut Deepavali bersama keluarga dengan lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.