Daily MaverickTHE CONVERSATION: How pond algae led to a Nobel and new ways to study the brainPunchNdigbo need mindset shift for collective progress, says SoludoCNN TürkKİEV, ZİFİRİ KARANLIK! Rusya yerleşim yerlerini ve sivil altyapıyı vurduThe Jerusalem PostBeersheba man arrested after calling police to report himself for fatally stabbing wifeESPNProjecting the CFP top 12 after Week 6: There's a new No. 1VarietyKorean and Italian Producers Sign Co-Production Pact at Busan MarketZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFسكاي نيوز عربيةباكستان تلوّح بالطوارئ بخيبر بختونخوا.. ومخاوف من صدام داخليRai NewsMotoGP, la gara: Fernandez davanti a Bezzecchi e Martin. Segui la cronacaThe IndependentYorkshire tiger latest: Man dies after being attacked by big cat in wildlife park enclosureSportstarRanji Trophy Live Score Today: Smaran, Shrijith lead Karnataka fightback; Ayush Mhatre falls for 48경향신문윤호중 행안장관, ‘김지용 반대’ 임은정 감찰 지시…범여권 파열음에 중수청 내부 단속
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Profesor UTM berjaya ketepikan keputusan pemecatan

Translate

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu mempertimbangkan semula keputusan memecat seorang profesor madya selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan bahawa proses tatatertib universiti itu telah menafikan peluang yang adil kepadanya untuk membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Budiman Lutfi Mohamed mengetepikan keputusan jawatankuasa tatatertib pada 29 Nov 2024 yang mengekalkan lapan pertuduhan terhadap profesor madya B Malarvili serta keputusan pemecatannya berkuat kuasa 4 Jun tahun itu.

Beliau mengarahkan UTM menyemak semula kes itu, mendedahkan bukti berkaitan, memberi peluang kepada Malarvili mengemukakan representasi tambahan serta mempertimbangkan sama ada saksi perlu dipanggil untuk memberi keterangan atau siasatan lanjut perlu dijalankan.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak bermakna mahkamah mendapati Malarvili tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan kerana mahkamah tidak mengarahkan UTM mengambilnya bekerja semula atau membayar tunggakan gaji mahupun ganti rugi.

Dalam penghakiman bertulisnya, Budiman berkata semakan baharu itu boleh membawa kepada penarikan balik pertuduhan, pembebasan Malarvili daripada pertuduhan, pengenaan hukuman lebih ringan atau keputusan pemecatan dikekalkan sekali lagi, dengan syarat proses berkenaan mematuhi undang-undang.

Beliau berkata kes itu bukan sekadar berkaitan sama ada jawatankuasa tatatertib mencapai keputusan yang betul, tetapi juga sama ada Malarvili diberikan peluang yang bermakna untuk menjawab tuduhan terhadapnya.

“Hak untuk didengar mestilah hak yang sebenar dan bukannya sekadar formaliti kosong,” katanya, merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap dalam prosiding semakan kehakiman.

Budiman berkata pengakuan menggunakan tandatangan yang diimbas tidak semestinya bermakna seseorang mengaku melakukan pemalsuan, bersikap tidak jujur atau berniat memperdaya.

Hakim itu turut mendapati UTM tidak menunjukkan bahawa dokumen yang diminta telah diberikan atau menjelaskan dengan secukupnya bagaimana representasi Malarvili dipertimbangkan selepas jawatankuasa rayuan tatatertib mengembalikan kes itu untuk pertimbangan semula.

Malarvili, yang berkhidmat di kampus UTM Skudai, Johor selama kira-kira 21 tahun, berdepan dakwaan berkaitan penggunaan tandatangan yang diimbas pada surat sokongan, perjalanan ke luar negara tanpa kelulusan, ketidakaturan rekod kehadiran, aktiviti berkaitan program UNISERF serta dakwaan penglibatan dalam aktiviti perniagaan luar.

UTM dan kedua-dua jawatankuasa tatatertib diperintahkan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Malarvili secara bersama dan berasingan.

Ebrina Zubir mewakili Malarvili, manakala Syahmi Nawawi mewakili UTM dan kedua-dua jawatankuasa berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.