CNN TürkDEPREM SON DAKİKA 27 EYLÜL! Bugün deprem mi oldu, nerede, kaç şiddetinde? 27 Eylül 2026 AFAD ve Kandilli Rasathanesi son depremler listesiDaily MaverickNEED FOR SPEED: South African teen has Formula 1 seat in her sightsPunchWhy Edo-Kogi boundary dispute remains unresolved — Commission bossInquirerTyphoon Queenie may exit PAR Sunday – PagasaThe Jerusalem PostYair Golan says he is working to ensure 'appropriate representation' for Arabs in next gov'tBollywood HungamaRamayana makers drop new poster featuring Ranbir Kapoor, Sai Pallavi and Ravie Dubey after a special event with MrBeastESPNWhat we know through CFB's Week 4, plus Kamario Taylor's rise and Michigan's karma한겨레[뉴스AS] 연소득 1억 부부도?…‘보편형 공공임대’ 중산층 범위 논쟁Complete Sports2027 AFCONQ: Super Eagles Must Forget Madagascar Win, Prepare For ‘Tougher’ Guinea-Bissau Clash – IrohaCapital FMKAF turns to technology, local solutions to strengthen military logisticsUOLPesquisas apontam vitória de Lula em 11 estados; Flávio leva em 8 e no DFSözcüNeredeyse kimsenin yaşamadığı ada turistlerin gözdesi oldu: Her gün turist akınına uğruyor
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

Gangguan sistem semboyan punca KTM Komuter, ETS lewat 5 jam

Translate

Gangguan sistem semboyan di antara Kalumpang dan Kuala Kubu Bharu semalam menyebabkan perkhidmatan KTM Komuter dan ETS mengalami kelewatan hingga lima jam.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam kenyataan hari ini menyebut kelewatan tertinggi bagi KTM Komuter melibatkan tren No 2389 selama 230 minit, manakala bagi perkhidmatan ETS, EP9138 (KL Sentral-Butterworth) merekodkan kelewatan 305 minit.

Menurut KTMB, pemeriksaan awal mendapati gangguan berpunca daripada kerosakan pada satu daripada komponen sistem yang menyebabkan percikan dan seterusnya menjejaskan sistem semboyan, namun punca kerosakan komponen berkenaan masih dalam siasatan lanjut.

“Gangguan sistem semboyan tersebut telah memberikan kesan berantai kepada pergerakan dan jadual perjalanan tren lain yang melalui sektor berkenaan, khususnya perkhidmatan dari dan ke arah utara,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, KTMB memaklumkan kerja-kerja menaik taraf Landasan Berkembar Rawang-Ipoh yang telah dijadualkan lebih awal turut dilaksanakan secara berperingkat, termasuk di laluan Kalumpang pada semalam dan hari ini, sekali gus melibatkan penyelarasan jadual perkhidmatan di laluan berkenaan.

“Susulan gangguan sistem semboyan yang berlaku ketika kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan, pergerakan tren menjadi lebih terhad dan seterusnya menyebabkan kesan kelewatan berganda kepada beberapa perkhidmatan KTM Komuter dan ETS,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, KTMB menyebut kerja-kerja pemulihan selesai pada 5.15 pagi tadi dan tren Komuter pertama dari Tanjung Malim telah berlepas pada 5.45 pagi tadi.

Menurut pengendali perkhidmatan pengangkutan rel negara itu, operasi perkhidmatan KTM Komuter dan ETS kini kembali seperti biasa, namun terdapat reaksi kelewatan 30 minit daripada jadual asal ekoran masalah kerosakan semboyan di laluan Batang kali.

Sehubungan itu, KTMB memohon maaf kepada para penumpang terjejas susulan kejadian itu, manakala pemulangan tambang penuh akan diberikan kepada mereka yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan berikutan gangguan tersebut, tertakluk kepada prosedur yang berkuat kuasa.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.