RTP DesportoTenista Francisco Cabral perde final de pares do Masters 1.000 de XangaiInquirerMotorcycle-riding men rob gas station in Ilocos NortePunchJigawa ADC chieftain warns of PDP threat ahead of 2027CNN TürkAmasra’da fırtına: Dalgaların boyu 6 metreye ulaştıInquirer Entertainment‘Iskul Bukol’ actor Anthony Roquel dies at 68Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Addinath M Kothare reveals 2 out of 5 ACs on Nayyi Navelli sets were reserved ONLY for him: “My sweat was dripping through the prosthetics; andar se mera body melt ho raha tha!”Daily MaverickFILLING A GAP: Disabled students face increased mental health risks, UWC student researcher finds한겨레‘일잘러 이재명’ 시즌2는 시스템으로 [아침햇발]UOLLula e Flávio ficam frente a frente pela 1ª vez em debate da Band
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Wakil rakyat DAP gagal capai KPI berisiko tak dicalon semula

Translate

Wakil rakyat DAP yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan berisiko tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, kata Setiausaha Agung, Loke Siew Fook.

Katanya, mengambil contoh DAP Perak, Pengerusinya Nga Kor Ming menetapkan tanda aras prestasi yang ketat bagi memastikan setiap wakil rakyat parti itu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Loke yang juga menteri pengangkutan berkata, penilaian menyeluruh itu merangkumi penyampaian khidmat kepada masyarakat, pelaksanaan gerak kerja di kawasan, usaha memperkukuh parti serta komitmen wakil rakyat untuk sentiasa turun padang.

“Wakil rakyat kita memang bekerja sepanjang masa dan sudah tentu, jika ada yang kurang aktif, kita akan memastikan perubahan dilakukan.

“Melalui sistem ini, kita sentiasa mengingatkan mereka bahawa prestasi yang kurang memuaskan meningkatkan kemungkinan mereka tidak dicalonkan semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-24, hari ini.

Loke berkata, sistem pemantauan prestasi wakil rakyat turut dilaksanakan di negeri lain mengikut kaedah masing-masing, namun Perak mengamalkan pendekatan lebih tegas bagi memastikan sebarang kelemahan dapat dikenal pasti dan ditambah baik.

Mengenai perkembangan persiapan menghadapi PRN Melaka, Loke mengesahkan rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri telah selesai.

“Ya, peringkat negeri Melaka sudah selesai,” katanya ketika ditanya sama ada rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PH bagi PRN Melaka dimuktamadkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal dan 14 Nov hari mengundi PRN Melaka susulan pembubaran DUN pada 23 Sept lalu.

Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.