The Jerusalem PostJerusalem Reform synagogue egged on Rosh Hashanah in second attack in a monthESPNNBA Future Power Rankings: We stacked the three-year outlooks for all 30 teamsESPN DeportesDJ Moore también quedó fuera del partidoInquirerQuezon priest urges DOE review of Atimonan coal plant project한겨레영국 국왕, 젠슨 황 등 AI 리더 만나…“더 늦기 전 통제권 지키자”Sözcü6 nüfus 7 ekmek ve gözyaşlarıSouth China Morning PostByteDance spin-off Anew Labs raises US$290m as AI drug developers enjoy fundraising boom경향신문호우 피해로 집 못 돌아간 거제·통영 이재민 107가구에 월세·체재비 지원한다Anime News NetworkAnimeJapan Opens Entry Submissions for 'New Creator Awards 2027' on October 1ESPN CricinfoLahore High Court dismisses Rizwan's petitionBillboard‘It Was Very Homemade’: Dave Stewart Went ‘Back to Front’ For His New AlbumEl ComercioUn campo de batalla: la gresca entre los jugadores de Cienciano y City Torque tras el 3-0 | VIDEO
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Pakar beritahu penduduk Batu Arang usah bimbang loji urus sisa

Translate

Rancangan pembinaan loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di Batu Arang menimbulkan kebimbangan penduduk, namun pakar pengurusan sisa memberi jaminan tiada apa perlu dirisaukan.

Ahli akademik, Agamuthu Pariatamby, berkata walaupun kebimbangan penduduk berasas, loji WTE moden direka bentuk untuk mengawal dan membendung risiko.

Kebimbangan penduduk terarah kepada Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SIS) yang baru-baru ini mendapat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Walaupun dengan perkembangan terbaru itu, penduduk berikrar akan meneruskan bantahan dan menegaskan loji tersebut berpotensi menyebabkan pencemaran.

Projek itu akan dibangunkan oleh KDEB Waste Management dengan kerjasama YTL Power International.

Anak jadi Batu Arang, Zulfaizi Rusli, 40, memberitahu FMT wujud kebimbangan air kotor daripada sampah yang dibawa oleh lori ke loji itu boleh tertumpah ke jalan raya sebelum mengalir ke sungai yang merentasi daerah tersebut.

Sungai Garing dan anak sungainya, Sungai Batu Arang, mengalir merentasi daerah tersebut. Kawasan di sekitar kedua-dua sungai itu adalah destinasi popular bagi penggemar aktiviti mendaki dan berbasikal.

Rusli Sharif, 71, bimbang bau yang berpunca daripada sampah boleh memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongan.

“Kami juga bimbang kualiti udara mungkin terjejas,” katanya yang menetap di Batu Arang lebih 50 tahun.

Zulfaizi, bapa kepada tiga anak berkata kemasukan kenderaan berat yang kerap ke kawasan itu dikhuatiri boleh menyebabkan jalan raya rosak.

Bagi pemuzik, Hashiamaldin Bazin, 58, berita mengenai projek itu hanya mengembalikan ingatan kepada bau busuk dari ladang babi berhampiran. Dia bimbang kemudahan pengurusan sisa tersebut akan menyebabkan masalah sama.

Aktiviti penternakan babi di kawasan itu dihentikan pada 1980-an kerana beberapa faktor termasuk usaha membendung pelepasan sisa haiwan yang tidak dirawat dan pencemaran air.

Hashiamaldin mempersoalkan sama ada bau busuk daripada sisa buangan yang akan dibawa masuk ke loji WTE itu mampu dinyahbau atau dikawal sepenuhnya.

Beliau menegaskan, penduduk tidak menolak teknologi sebaliknya hanya mahu jaminan ia tidak akan memberi kesan negatif kepada mereka.

Bagi Rusli, ia berpunca daripada satu persoalan mudah: “Bagaimana anda mahu orang datang ke bandar warisan jika ada sebuah insinerator?”

Agamuthu yang juga profesor kanan di Pusat Pembangunan Mampan Jeffrey Sachs Sunway University berkata, insinerator biasa dan WTE sering dikategorikan bersama kerana kedua-duanya melibatkan proses pembakaran.

Beliau menjelaskan, insinerator ialah ruang pembakaran, namun perbezaan antara loji tradisional dan WTE adalah pada penjanaan tenaga serta langkah keselamatan semasa proses pembakaran.

Katanya, kemudahan WTE moden direka bentuk untuk mengekang bau apabila sisa dihantar ke loji tersebut.

“Teknologi yang digunakan dipanggil tekanan negatif. Apabila pintu dibuka untuk lori menurunkan muatan, vakum di dalam akan menyedut udara dari luar.

“Udara disedut masuk, begitu juga dengan bau,” katanya kepada FMT.

Agamuthu berkata, terdapat juga sistem yang akan merawat sebarang pelepasan terhasil daripada proses pembakaran bagi memastikan ia tidak lagi memudaratkan.

Katanya, sebagai contoh apabila plastik dibakar, bahan kimia toksik mungkin terhasil, namun loji WTE moden direka dengan teknologi baharu seperti penukar pemangkin dan penapis gentian untuk menyingkirkan bahan tersebut.

“Pada akhirnya, kemudahan WTE moden tertakluk kepada penilaian terperinci terhadap isu yang sama dibangkitkan penduduk, termasuk jarak dengan kawasan perumahan, bau dan pergerakan lori,” katanya.

“Mana-mana loji sisa kepada tenaga perlu melalui EIA yang terperinci. Pakar akan menilai EIA tersebut dan meneliti semua isu seperti jarak dengan rumah atau pengangkutan lori,” katanya memaklumkan EIA terperinci disediakan pegawai kerajaan serta pakar dalam pencemaran udara dan kawalan trafik.

Cadangan loji WTE itu mula dikemukakan pada 2019. Dalam maklum balas pada 2023 terhadap bantahan projek tersebut, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ia tidak sama seperti ‘insinerator pada 1990-an’ kerana tidak menggunakan teknologi lama.

Loji itu direka untuk memproses sehingga 2,400 tan sisa domestik sehari bagi membantu mengurangkan masalah tapak pelupusan sampah yang semakin penuh di enam pihak berkuasa tempatan Selangor.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.