Raja Puan Muda Perlis dilantik semula Pro-Canselor UniMAP

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh lima tahun.
Pelantikan semula itu berkuat kuasa mulai 13 Dis ini hingga 12 Dis 2031, bagi meneruskan peranan baginda dalam menyokong kepimpinan dan kecemerlangan universiti berkenaan.
Menurut kenyataan UniMAP, pelantikan itu juga mencerminkan komitmen berterusan baginda dalam memperkukuh pembangunan akademik, penyelidikan dan reputasi universiti.
Pelantikan semula itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP, sempena sidang pertama Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-21 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, semalam.
Turut berangkat pada istiadat itu ialah dua puteri baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Pro-Canselor UniMAP, dan Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Keberangkatan baginda berdua disambut Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Naib Canselor UniMAP Zaliman Sauli serta barisan pengurusan tertinggi universiti.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.