The Jerusalem PostIDF destroys dozens of monuments honoring terrorists during West Bank counterterror operationsESPN DeportesAtlas toma ventaja ante Necaxa y se acerca a la zona altaESPNESPN secures 'handshake agreement' to broadcast 24-team CFP, sources sayCNN TürkSahibi olduğu otelde ölü bulunduInquirerTaal Volcano logs 22 quakes as seismic activity continuesInquirer EntertainmentDennis Trillo’s MMFF movie ties up with Columbia Pictures for global distributionCollider‘Fire Country’s Newest Star Teases What’s Next for CJ in Season 5South China Morning PostChinese man celebrates wedding to one woman, baby with ex-lover at same venue on same dayUOLGoverno Trump diz apoiar eleições livres no Brasil e defende medidas contra Moraes, PCC e CVMalay MailJBPM officer Mohd Sani, missing after Nepal floods, among 121 honoured at KPKT appreciation night (VIDEO)ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioNew Straits TimesPolice hunt culprits behind suspected MRT cable theft in Damansara
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

Manfaatkan RM935 juta untuk pelancongan lebih berdaya saing

Translate

Peruntukan RM935 juta bagi memperkasa sektor pelancongan dan budaya mencerminkan keyakinan terhadap peranan industri ini sebagai pemacu ekonomi negara.

Seiring pelanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 hingga tahun depan, peruntukan itu merangkumi promosi, penganjuran acara, penambahbaikan kemudahan serta sokongan kepada seni, budaya dan warisan.

Namun, pada pandangan saya, ukuran kejayaannya bukan terletak pada jumlah yang disediakan, tetapi sejauh mana pelaksanaannya memperbaiki pengalaman pelancong dan mengukuhkan ekonomi setempat.

Promosi perlu seiring kemudahan

Geran galakan untuk mempromosikan destinasi dan menganjurkan acara pelancongan boleh memperluas pilihan pengalaman serta menarik segmen pasaran berbeza. Namun, destinasi yang dipromosikan juga perlu bersedia menerima pelawat.

Justeru, perhatian terhadap penambahbaikan kemudahan, termasuk jeti dan tapak warisan yang berpotensi mendapat pengiktirafan Unesco seperti Lembah Danum, Lembah Bujang dan Taman Negara Pahang, adalah penting.

Tarikan yang hebat tidak memadai jika kebersihan, keselamatan, papan tanda dan kemudahan asas masih lemah. Semua ini membentuk pengalaman pelancong, bukannya perkara sampingan.

Begitu juga dengan peluasan pembayaran kod QR ke 15 lokasi pelancongan, termasuk pulau peranginan.

Langkah ini boleh memudahkan urus niaga di kawasan yang kekurangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sekali gus mengurangkan risiko peniaga kecil kehilangan jualan akibat kekangan pembayaran.

Akses lebih mudah, perbelanjaan lebih bermakna

Penyediaan Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter untuk merintis laluan terus baharu dari China, India, Asia Tengah dan Eropah pula menangani keperluan asas pelancongan, iaitu akses.

Destinasi sukar berkembang jika perjalanan untuk sampai ke sana terlalu panjang, mahal atau rumit.

Peluasan skop geran kepada kapal persiaran, feri dan bas persiaran turut membuka ruang untuk menjangkau pasaran yang kurang dimanfaatkan.

Pendekatan ini mengambil kira perbezaan pola perjalanan pelawat serantau dan pelancong kapal persiaran, tanpa bergantung pada penerbangan semata-mata.

Bagaimanapun, pembukaan lebih banyak laluan perlu disusuli usaha menggalakkan pelancong tinggal lebih lama dan berbelanja.

Kenaikan had pembelian barangan bebas cukai di Langkawi dan Labuan kepada RM10,000, tertakluk kepada penginapan minimum 48 jam, boleh menyokong matlamat ini.

Usaha memberi lebih banyak pengecualian duti kepada produk buatan Langkawi pula wajar dimanfaatkan untuk memperkukuh perusahaan tempatan.

Peningkatan perbelanjaan pelancong hanya memberi kesan terhad kepada komuniti jika sebahagian besar nilainya tidak kekal dalam ekonomi setempat.

Sokongan kepada pengusaha kraf tangan, tenunan dan batik juga perlu disertai pemasaran yang mengetengahkan cerita, identiti dan nilai budaya produk mereka.

Produk ini seharusnya menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan, bukan sekadar cenderamata.

Acara besar mesti sesuai dengan kapasiti destinasi

Rebat kepada penganjur acara besar antarabangsa di lokasi yang mampu menampung sekurang-kurangnya 10,000 penonton berpotensi merangsang permintaan terhadap hotel, makanan, pengangkutan dan aktiviti bandar.

Namun, penganjuran mesti mengambil kira kemampuan destinasi menampung lonjakan pelawat. Tanpa perancangan yang baik, acara sedemikian boleh mengundang kesesakan, kenaikan harga melampau dan pengalaman yang mengecewakan.

Pelanjutan galakan cukai bagi lawatan insentif, persidangan dan pameran perdagangan antarabangsa sehingga tahun taksiran 2030 pula menyokong segmen acara perniagaan.

Segmen ini mempunyai corak perbelanjaan yang berbeza daripada pelancongan riadah. Penganjurannya perlu dihubungkan dengan produk tempatan supaya manfaat ekonomi tidak terhad kepada pusat konvensyen dan hotel.

Nilai hasil pelaksanaan

Kesemua langkah ini memerlukan penyelarasan antara agensi, destinasi dan penggiat industri. Tanpanya, pelaksanaan berisiko bergerak secara berasingan dan mengehadkan keberkesanan keseluruhan pakej.

Penilaian pula tidak boleh sekadar menghitung jumlah program atau peruntukan yang dibelanjakan. Ia perlu berasaskan hasil yang dapat diukur.

Antaranya ialah kelangsungan laluan baharu selepas insentif tamat, tempoh penginapan dan peningkatan perbelanjaan pelancong di luar destinasi utama.

Pertambahan pelanggan bagi pengusaha kecil serta kepuasan pelawat terhadap kemudahan yang dinaik taraf juga perlu diambil kira.

Tahun Melawat Malaysia seharusnya meninggalkan kesan yang melangkaui tempoh kempen: destinasi yang lebih berdaya saing, perusahaan tempatan yang lebih kukuh dan pengalaman yang mendorong pelancong kembali.

Itulah hasil yang perlu dicapai melalui peruntukan RM935 juta, bukan sekadar lonjakan kunjungan sementara

Penulis ialah pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.