RTP DesportoTenista Francisco Cabral perde final de pares do Masters 1.000 de XangaiInquirerMotorcycle-riding men rob gas station in Ilocos NortePunchJigawa ADC chieftain warns of PDP threat ahead of 2027CNN TürkAmasra’da fırtına: Dalgaların boyu 6 metreye ulaştıInquirer Entertainment‘Iskul Bukol’ actor Anthony Roquel dies at 68Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Addinath M Kothare reveals 2 out of 5 ACs on Nayyi Navelli sets were reserved ONLY for him: “My sweat was dripping through the prosthetics; andar se mera body melt ho raha tha!”Daily MaverickFILLING A GAP: Disabled students face increased mental health risks, UWC student researcher finds한겨레‘일잘러 이재명’ 시즌2는 시스템으로 [아침햇발]UOLLula e Flávio ficam frente a frente pela 1ª vez em debate da Band
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Jangan biarkan keganasan jadi budaya, kata Lee

Translate

Usaha bersepadu melibatkan seluruh lapisan masyarakat perlu dilaksanakan segera bagi mencegah tingkah laku agresif dan penggunaan kekerasan fizikal daripada menjadi perkara biasa dalam masyarakat susulan insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini di sekolah dan komuniti.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Lee Lam Thye, berkata jika insiden keganasan seperti kes pelajar diserang dan ditikam di sekolah tidak dibendung, masyarakat berisiko menjadi semakin lali terhadap perbuatan ganas sehingga menganggapnya sebagai cara yang boleh diterima untuk menyelesaikan konflik.

Lee Lam Thye

Lee Lam Thye.

“Keganasan tidak boleh sama sekali menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia. Kita tidak boleh menunggu sehingga ia berakar umbi sebelum mengambil tindakan. Usaha untuk mencegah perlu dimulakan sekarang melibatkan pihak kerajaan, sekolah, keluarga, komuniti, agensi penguatkuasaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta media,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sekolah perlu memperkukuh mekanisme pengesanan awal dan intervensi, khususnya melengkapkan guru, kaunselor serta pentadbir dengan keupayaan mengenal pasti tanda awal seperti tingkah laku agresif, ancaman dan buli sebelum keadaan menjadi lebih buruk sehingga mencetus kepada tragedi.

Lee berkata, ibu bapa pula perlu memainkan peranan penting dalam penggunaan ruang digital, selain beliau turut menyatakan pendedahan kepada kandungan ganas, ancaman dalam talian, penghinaan dan buli siber menerusi media sosial menyumbang secara signifikan kepada kecenderungan golongan muda menganggap tingkah laku agresif sebagai perkara biasa.

Katanya, selain langkah pencegahan dan program kesejahteraan emosi, tindakan penguatkuasaan undang-undang juga perlu kekal tegas apabila berlaku kesalahan jenayah.

“Keganasan khususnya melibatkan senjata, tidak boleh dipandang enteng sebagai kenakalan remaja atau sekadar masalah disiplin biasa. Jika berlaku kesalahan jenayah, tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut lunas undang-undang.

“Bagaimanapun hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah ini. Kita memerlukan pendekatan menyeluruh daripada lapisan masyarakat untuk membina budaya saling menghormati, mengawal diri, berempati dan menyelesaikan konflik secara aman,” katanya.

Lee turut menggesa semua pihak menangani keganasan dari peringkat awal, melaksanakan langkah pencegahan secara sistematik serta menolak keganasan secara bersama bagi memastikan Malaysia kekal sebagai masyarakat yang mengutamakan dialog berbanding tindakan agresif.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.