Le DevoirSan Diego et Montréal, deux orchestres pour un même Rafael PayareBollywood HungamaEXCLUSIVE: Amit Sadh calls his Pratap character “Mike Tyson of police force”; admits BO success matters to him more than ever: “I am told even Instagram followers’ matter. Toh yeh toh box office hai yaar!”PunchNine dead in small plane crash near Trump’s Florida homeInquirerMMDA: Light traffic on major NCR roads on All Souls’ Day morningCNN TürkKimi Antonelli, Formula 1 tarihinin en genç şampiyonu olduSky TG24Le prime pagine dei quotidiani di oggi 2 novembre: la rassegna stampa한겨레공격농구에 흥미진진, 줄부상에 한숨…‘외국인 선수 두 명 동시 출전’이 뒤흔든 1라운드Screen RantThe Battlestar Galactica Franchise Officially Returns In 2027The Hollywood ReporterTallinn Black Nights Fest Turns 30 With New Artistic Director, a Latin American Streak and a Baltic BoomVanguardSolar Installation in Lagos: See Costs and BenefitsGIGAZINE「ポイ活」「プレイするだけで現金ゲット」をうたうアプリの人気が爆増、しかし実際にゲットするまでにとんでもない労力を費やさないといけないDigital Spy5 Emmerdale spoilers for tonight as Joe Tate makes surprising new decisions
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Kenapa meterai CSA ketika kerajaan ada majoriti dua pertiga, soal Kiandee

Translate

Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) antara tujuh Ahli Parlimen pembangkang dengan Putrajaya kerana ia tidak perlu memandangkan blok kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ronald Kiandee (PN-Beluran) berkata, kerajaan mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang, termasuk pindaan Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

Naib presiden Bersatu yang digantung keahliannya berkata, CSA lazimnya dimeterai kerajaan minoriti yang tiada sokongan mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang.

“Ini situasi di bawah kerajaan (Ismail Sabri Yaakob), apabila ia memang tidak mempunyai sokongan majoriti mencukupi.

“Namun, kerajaan sekarang bukan saja mempunyai majoriti selesa, malah menguasai majoriti dua pertiga,” katanya ketika membahas Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa.

Pentadbiran Ismail mempunyai majoriti mudah, tetapi perdana menteri ketika itu menandatangani memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik dengan Pakatan Harapan bagi menjamin kestabilan kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen.

Minggu lalu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengetuai lima Ahli Parlimen lain parti itu menandatangani CSA dengan kerajaan. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) turut menandatangani perjanjian berkenaan.

Di bawah perjanjian itu, Ahli Parlimen terbabit akan menyokong kerajaan sehingga tamat penggal pentadbirannya.

Sebagai balasan, Ahli Parlimen pembangkang mendapat akses peruntukan pembangunan kawasan, manakala Putrajaya akan berusaha mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri serta memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya sebelum penggal pentadbirannya berakhir.

Kiandee berkata, CSA itu memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak stabil dan memerlukan sokongan tambahan daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau turut memberi amaran langkah itu boleh menimbulkan persepsi Putrajaya menggunakan janji dana pembangunan kawasan di bawah CSA sebagai senjata politik untuk meraih sokongan tambahan.

“Kerajaan tidak patut menggunakan kuasa, pengaruh atau kelebihan jumlah sokongan untuk menjadikan peruntukan Parlimen sebagai senjata politik. Perkara ini tidak patut berlaku.”

CSA itu dimeterai ketika hubungan PH dan Barisan Nasional, rakan sekutu utama dalam kerajaan persekutuan, semakin tegang.

Pada masa sama, Bersatu kekal komponen PN, tetapi hubungannya dengan PAS yang menerajui gabungan pembangkang itu semakin renggang.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.