Punch2027: Northern candidates should wait till 2031 to contest – Kano govThe Jerusalem Post'I'm responsible for hell': Ben-Gvir threatens Hamas terrorist behind 1996 bus bombingsDaily MaverickGROUNDUP: Gauteng government’s R144m gift to beauty training companyBollywood HungamaAnshuman Jha plans special screenings of Om Ka Hari across 15 cities as film enters week 2: "I want to keep walking that extra mile"Inquirer6 fugitives arrested in Northern MindanaoVarietyFlorence Pugh Speaks Out Over Cornell University Sexual Assault Case: ‘We Need Our Men to Be as Horrified and Sickened as Us’CNN TürkEnner Valencia'dan hat-trick! 3 golle skoru değiştirdiUOLColaboradora de María Corina Machado retorna à VenezuelaХабр«Мы больше не можем это взломать»: как Anthropic похоронила промпт-инъекции, но забыла про особенности AI-агентовNOSGezinsdrama in Vlaanderen, zoon (17) verdacht van moord op moeder en zusWirtualna PolskaTak mieli zarobić miliony. Kradli auta i rozkładali je na części7sur7Pourquoi l’hérédité ne dépend pas uniquement de l’ADN
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Status aset Rosmah diketahui Januari depan

Translate

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada Januari depan berhubung permohonan 1MDB dan 10 syarikat lain untuk membekukan aset Rosmah Mansor, sementara menunggu penyelesaian kes saman berbilion ringgit bernilai USD346 juta terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Adam @ Edward Abdullah menetapkan 7 Jan 2027 untuk mendengar dan memutuskan permohonan injunksi Mareva oleh pihak plaintif semasa pengurusan kes hari ini.

Injunksi Mareva merupakan perintah menghalang defendan daripada melupus atau mengendalikan aset mereka, sementara prosiding undang-undang sedang berjalan.

Peguam Sheena Stephanie Sebastian mewakili Rosmah, manakala Henna Nikita Sanghvi mewakili 1MDB.

Permohonan itu difailkan 1MDB dan lima anak syarikatnya: 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited, dan SRC International Sdn Bhd.

Lima syarikat lain – Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited, dan Brightstone Jewellery Limited – turut bertindak sebagai plaintif dalam saman tersebut.

Pada 9 Mei 2024, 1MDB bersama 10 syarikat lain memfailkan saman terhadap Rosmah dan pereka fesyen warga Singapura, Shabnam juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Pihak plaintif menarik balik tuntutan mereka terhadap Shabnam, pada April tahun lalu.

Mereka memohon perintah mahkamah agar Rosmah membayar USD346,010,489, atau apa-apa jumlah yang dianggap wajar mahkamah dalam saman berkait pembelian barangan mewah didakwa dibiayai menggunakan dana 1MDB yang diseleweng.

Pihak plaintif turut memohon perisytiharan plaintif pertama hingga keenam adalah pemilik sah barangan mewah terbabit, yang didakwa berada dalam simpanan Rosmah.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.