Daily MaverickRETAIL REALITY: Inflation threatens to freeze SA’s Black Friday frenzyThe Jerusalem PostHapoel Beersheba-Besiktas Europa League match suspended after 25 minutes after fans riotCollider‘The Rings of Power’ Officially Ends Season 3 With Season 4 Already ConfirmedDigital SpyEmmerdale reveals new rift as Thea gets suspicious over Joe TateBusiness AMChina beschikt inmiddels over vier varianten van J-15-gevechtsvliegtuig voor zijn drie vliegdekschepen3DNewsЗонд Hera прислал первые снимки астероида, по которому ударил NASA DART, — его буквально приплюснулоPremium TimesEx-Minister Agunloye set to file no-case submission as EFCC closes caseESPN DeportesLeón vs Cruz Azul: posibles alineaciones y probabilidadesANSAIl vertice Ue sul bilancio, Macron contro i tagli: 'Non ci sarà accordo stavolta'ZDF heuteSchnee und Glätte sorgen für Verkehrschaos im SüdenBillboardFeid and Snoop Dogg Drop Thanksgiving Collaboration ‘Gracias x Todo’ABC News (Australia)Motor-racing resort could breathe new life into old mine site
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

SPRM panggil pembantu Hannah berhubung pajakan KLSCAH, menurut laporan

Translate

Seorang pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium RM1,000.

Sin Chew memetik sumber sebagai berkata pembantu itu akan memberikan keterangan kepada penyiasat esok. Tiada maklumat lanjut didedahkan.

Sumber SPRM ketika dihubungi berkata satu kenyataan akan dikeluarkan esok pagi.

FMT juga menghubungi Yeoh untuk mendapatkan komen.

Pada 14 Nov, Yeoh mengumumkan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium RM1,000, jauh lebih rendah berbanding anggaran premium terdahulu hampir RM4.67 juta.

Keputusan itu mencetuskan kontroversi, namun Yeoh berkata kelulusan tersebut diberikan selepas KLSCAH secara sukarela menukar status tanah berkenaan kepada tanah institusi, yang bermakna ia tidak boleh digunakan untuk pembangunan besar pada masa hadapan.

Beliau turut berkata dewan perhimpunan berusia 103 tahun itu diwartakan sebagai bangunan warisan pada 2007 dan mengalami defisit operasi tahunan kira-kira RM400,000.

Yeoh juga berkata keputusan berhubung pajakan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, manakala tujuh organisasi lain di Kuala Lumpur turut menerima kadar premium nominal yang sama bagi pajakan 99 tahun.

Antaranya ialah Yayasan Tuanku Bainun, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.