Tokoh kenamaan beri penghormatan terakhir buat Hasmah

Beberapa tokoh kenamaan termasuk pemimpin politik serta kenalan rapat hadir memberi penghormatan terakhir kepada Dr Hasmah Ali di kediamannya di The Mines Residence, di sini.
Antara yang kelihatan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama tunangnya, Bella Astillah; bekas speaker Dewan Negara, Rais Yatim; serta ahli perniagaan, Vincent Tan.
Wartawan veteran A Kadir Jasin, penyanyi Siti Nurhaliza dan suami Khalid Mohamad Jiwa turut hadir memberikan penghormatan.
Hasmah, 100, yang juga isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.25 pagi tadi.
Solat jenazah akan diadakan selepas Asar di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.
Jenazah dijangka dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.