PunchKwara law officers seek equal pay with magistratesInquirerBoat operator nabbed for allegedly hiring unlicensed fishers in MindoroThe Jerusalem PostIsrael’s PISA collapse exposes a failing education system threatening its future - opinionCNN TürkKayseri Kültür Yolu Festivali'nde 34 lezzet noktası ziyaret edildiDaily MaverickTHE GATHERING 2026: Zille draws coalition red lines as DA targets Joburg majorityוואלהסוכנות הסחר הימי של בריטניה: הרשויות מפנות צוותים מספינה שהותקפה במצר הורמוזBollywood HungamaIMPPA issues clarification over ‘incorrect’ interpretation of Bombay High Court order한겨레‘전두환 동기’ 정호용 사망…군사반란 핵심 ‘신군부 5인’ 마지막 생존자UOLIrã rebate Trump e chama uso do 11 de Setembro em guerra de 'absurdo'ColliderSteven Spielberg's Best Indiana Jones Successor Officially Discovers a New Free StreamerSouth China Morning PostOn all fours or off to a wilderness retreat? How Hongkongers are reclaiming their calmEl ComercioAlfredo Ferrero: “El Perú tiene que aprovechar esta coyuntura donde están Navarro, Rubio y Trump”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Abang Johari beri bayangan lepas jawatan premier Sarawak

Translate

Premier Sarawak Abang Johari Openg memberi bayangan bahawa kemungkinan tahun ini adalah tahun terakhirnya memegang jawatan utama tersebut, dengan berkata masanya untuk berundur akan tiba akhirnya.

Abang Johari, 76, yang menjadi premier dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak Januari 2017, berkata parti itu sedang mempersiapkan generasi pemimpin baharu bagi memastikan peralihan yang lancar, lapor Dayak Daily.

Beliau berkata peralihan kepimpinan tidak dapat dielakkan, dan PBB mempunyai sistem untuk mengenal pasti serta melatih bakal pengganti.

“Mungkin ini tahun terakhir saya. Anda tidak boleh melawan fitrah, walaupun hati anda masih muda,” katanya di pada konvensyen khas PBB Sarawak utara di Miri.

“Pemimpin bertukar. Akan tiba masanya kita berkata terima kasih, saya akan berundur, dan orang baharu menggantikan saya.”

Tambahnya, pelan peralihan kempimpinan parti itu tidak tertumpu kepada seorang individu sahaja, sebaliknya melibatkan pembangunan pemimpin lebih muda di seluruh cawangan.

Abang Johari menegaskan bahawa kelangsungan PBB bergantung pada keupayaannya untuk terus melahirkan pemimpin yang berdisiplin, yang memahami keperluan masyarakat dan yang dapat memelihara kestabilan politik Sarawak.

“PBB akan sentiasa ada kerana kita mempunyai sistem untuk menyegarkan semula parti. Tetapi saya akan membuat keputusan (untuk berundur) apabila tiba masanya,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.