The Jerusalem PostFamily secrets and scandal collide in Noa Yedlin's 'House Arrest' - reviewZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsCanada, Philippines conclude negotiations for free-trade agreementSportstarSMAT 2026 Round 1 LIVE SCORE: Jharkhand begins title defence vs Mizoram; Bihar takes on SaurashtraRapplerThe week in photos: November 7-13, 2026ESPN DeportesPacers sobreviven al cierre de infarto ante Knicks en la NBA Cupسكاي نيوز عربيةشكوى تلاحق إنفانتينو.. هل استخدم أموال "فيفا" لمنزله؟Wirtualna PolskaZawiódł stary system? Władze o przyczynach paraliżu lotówDaily MailWhite House declares 'national emergency' over hours-long FAA ground stop: 'Nothing is certain right now'New Straits TimesWho is Alice Huang? The businesswoman linked to Jensen Huang and NvidiaNDTV SportsMilwaukee Bucks’ Tyler Herro Has A Message for Mouthy Orlando Magic Fan During Heated Exchange경향신문손가락 마디 굵어지고 아픈 관절염··· 전신마취 없이 손 움직여보며 수술 치료 가능해
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Kerajaan Sanusi tak perlu gugur exco Bersatu, kata penganalisis

Translate

Dua penganalisis berpandangan tiada keperluan merombak barisan exco Kedah selagi pentadbiran Menteri Besar Sanusi Nor berjalan lancar walaupun hubungan politik PAS dan Bersatu sudah terputus.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata keputusan mengekalkan dua exco Bersatu itu mempunyai asas munasabah kerana mereka tidak menimbulkan masalah yang boleh mengganggu kestabilan kerajaan negeri.

Azmi Hassan.

“Dari satu sudut, keputusan Sanusi kekalkan dua exco Bersatu bukan sesuatu yang pelik kerana mereka tidak menimbulkan masalah dan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan lancar,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Sanusi berkata tiada keperluan merombak barisan exco Kedah kerana pentadbiran negeri berjalan lancar, selain tidak menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk berbuat demikian.

Dua wakil Bersatu yang dikekalkan ialah Adun Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad dan Adun Kubang Rotan Mohd Salleh Saidin.

Perkembangan itu menyusul selepas Umno Kedah mencadangkan kerajaan negeri meneliti semula kedudukan dua exco Bersatu susulan keputusan kerajaan Kelantan tidak menyambung pelantikan Ketua Bersatu negeri itu, Kamarudin Md Nor, sebagai exco berkuat kuasa 9 Nov lalu.

Umno Kedah berkata, perkembangan itu boleh dijadikan asas pertimbangan bagi memastikan keselarasan pendekatan politik dan penadbiran antara kedua-dua negeri yang diterajui PAS.

Mengulas lanjut, Azmi membandingkan keadaan itu dengan kerajaan persekutuan. “Walaupun Umno dan Pakatan Harapan (PH) kini bertelagah, menteri daripada Barisan Nasional (BN) masih kekal dalam Kabinet Anwar Ibrahim.”

Susulan peletakan jawatan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan pada 10 Nov, beliau menjangkakan sebarang rombakan Kabinet hanya membabitkan wakil DAP kerana Anwar mungkin tidak mahu merombak kedudukan menteri BN yang boleh memberi kelebihan politik kepadanya untuk meraih sokongan.

“Begitu juga dengan Sanusi. Beliau mungkin tidak mahu mengubah kedudukan dua exco Bersatu kerana pentadbiran negeri berjalan lancar, walaupun hubungan PAS dan Bersatu di peringkat nasional bermasalah,” katanya.

Ariff Aizuddin Azlan

Ariff Aizuddin Azlan.

Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut melihat keputusan Sanusi sebagai langkah mengutamakan pentadbiran berbanding pertikaian politik antara kedua-dua parti.

“Keputusan Sanusi tersebut memperlihatkan agenda pentadbiran lebih diutamakan berbanding persoalan moral politik,” katanya sambil berpandangan pendekatan itu membuka ruang kepada kestabilan dalaman, walaupun tidak mampu bertahan lama.

Menurut Ariff, kerjasama pentadbiran tanpa penglibatan politik boleh dilaksanakan jika wujud persefahaman jelas pada peringkat pimpinan tertinggi parti, seperti ditunjukkan Sanusi menerusi penggunaan kuasa eksekutifnya untuk mengekalkan kerjasama berkenaan.

“Saya tidak melihat sebarang implikasi besar bakal menimpa PAS setelah apa yang diputuskan oleh Sanusi itu kerana ia hanyalah berkenaan rencana pentadbiran dan tidak melibatkan persaingan pilihan raya.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.