CNN TürkMısır Futbol Federasyonu Başkanı, Salah ile Trabzon'da buluştuInquirerAmihan to bring rains over parts of Extreme Northern Luzon on Nov. 3PunchObi and I remain friends despite political differences — SoludoThe Jerusalem PostEisenkot rules out joining Netanyahu government, even if Trump asks - report한겨레[포토] 효심 담긴 200년 전 조선 왕실 향연 재현The South AfricanKaizer Chiefs striker faces January exit after difficult start20 Minuten«Man fragt sich, was sie davon haben – das ist Wahnsinn»ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüPiyasalar Orta Doğu iyimserliği ve yapay zeka endişeleri arasında yön arıyorSouth China Morning PostSingapore eyes regional haze control centre in Indonesia as Asean chairVanguardAAUA bans signing-out ceremonies over security concernsThe Straits TimesFrom January 2027, data from ERP 2 on-board units can be used to prevent, detect and solve crimes
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

Lumba di Linkedua, warga Singapura antara 3 didenda RM3,500

Translate

Seorang warga Singapura antara tiga lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan aksi lumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Linkedua, Johor, bulan lalu.

Sinar Harian melaporkan Syajahan Alfian Abdullah, 19, Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24, dan Gonzales Mckhovic anak George, 18, membuat pengakuan itu di depan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, yang turut memerintahkan mereka dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Syajahan yang juga warga Singapura dan masih menjalani latihan khidmat negara di republik itu, didakwa menunggang motosikal pada kelajuan tinggi serta melakukan aksi menduga kelajuan di KM12.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan kira-kira 2.10 pagi 18 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2026) yang memperuntukkan denda RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Daniel dan Gonzales pula didakwa berlumba motosikal dari KM7.8 hingga KM18.2 Lebuhraya Linkedua arah utara kira-kira 2.10 pagi 18 Okt lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 42A(1) akta sama yang membawa denda RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan kedua, denda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan 2026) yang diluluskan Dewan Rakyat pada 24 Jun lalu mula berkuat kuasa 16 Okt lalu. Antara perubahan utama dalam pindaan mengandungi 42 fasal itu menjadikan perbuatan berlumba atau menduga kelajuan di jalan raya sebagai kesalahan khusus.

Sebelum dipinda, tindakan terhadap kegiatan lumba haram lazimnya di bawah peruntukan berkaitan pemanduan berbahaya. Pengenalan seksyen baharu itu membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tanpa perlu menunggu sehingga kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.