CNN TürkİSKİ 28 KASIM BARAJ DOLULUK ORANLARI: İstanbul barajlarında doluluk oranı yüzde kaç oldu?The Jerusalem PostWhile the imam promises Islam will rule the world, the priest calls for expelling Jews - opinionPunchCustomers failed to pay DisCos N48bn in September – ReportInquirerSara Duterte asks if Marcos had hand in father’s transfer to The HagueColliderAmy Poehler’s ‘Parks and Recreation’ Replacement Is Officially a Streaming HitSouth China Morning PostAs convenience stores face pressure, 7-Eleven set to open largest China outlet in KunmingRapplerSaving reefs: Coral Triangle expedition makes its way to the PhilippinesCumhuriyetAladağ’dan Süleymancılara bakmak - Ş. Can Atalayسكاي نيوز عربيةفيديو.. أوكرانيا تسقط مسيّرة روسية بالليزر لأول مرةHet Laatste NieuwsLuchthaven Keulen-Bonn tijdelijk stilgelegd vanwege waarneming drone - Poetin neemt kernonderzeeër in gebruikNew Straits TimesSarawak polls: 'Menang' chants greet GPS candidate at Kota Sentosa nomination centreBBC News'Poison seller' Kenneth Law apologises in court to the families of his victims
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 28, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Jawatan MB, exco boleh jadi modal tarik tali BN-PN di Pahang

Translate

Jawatan menteri besar dan pembahagian exco dijangka menjadi modal tarik tali antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Pahang jika kedua-dua gabungan mahu menjalin kerjasama menghadapi PRU16, kata penganalisis.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya berkata, kekuatan politik seimbang antara BN dan PN yang masing-masing menguasai 17 kerusi DUN memberikan kedua-duanya asas untuk menuntut pembahagian kuasa lebih adil.

“Isu paling sensitif bukan sekadar pengagihan kerusi, tetapi juga jawatan menteri besar, barisan exco dan kedudukan kepimpinan kerajaan negeri selepas pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menerusi pantun ketika membahaskan Belanjawan Pahang 2027 membangkitkan persoalan bila kerjasama BN-PN seperti di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dapat direalisasikan di Pahang.

Tuan Ibrahim disebut-sebut antara tokoh PN berpotensi sebagai calon menteri besar yang ketika ini jawatan itu disandang Ketua Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Tawfik berpandangan, BN tidak mempunyai sebab untuk terburu-buru menyambut tangan PAS kerana Umno kini menerajui kerajaan negeri dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) yang hanya menguasai lapan kerusi DUN.

“…sedangkan kerjasama dengan PN boleh membuka ruang kepada tuntutan perkongsian kuasa lebih besar.

“Saya lihat PN tidak mempunyai tawaran lebih menarik berbanding kedudukan yang sedang dinikmati BN bersama PH ketika ini,” katanya.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia menjangkakan BN Pahang mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ menjelang PRU16 kerana rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bukan mudah, memandangkan masing-masing mahu pertahan kawasan dikuasai.

“Persoalannya juga melibatkan kerusi yang berpotensi dimenangi BN dan PAS. Masing-masing akan mengintai peluang untuk bertanding di kerusi berkenaan dan keadaan itu mungkin menyukarkan rundingan,” katanya.

BN perlu berhati-hati pilih rakan politik

Mengulas kemungkinan BN bergerak solo, Tawfik berkata pilihan itu masih terbuka sekiranya rundingan dengan PN atau PH gagal mencapai persetujuan mengenai pengagihan kerusi dan kedudukan kepimpinan kerajaan negeri, namun BN perlu mengambil kira risiko pertembungan tiga penjuru.

“BN Pahang perlu berhati-hati dalam memilih rakan politik, dengan mengambil kira perubahan landskap politik Pahang sejak PRU14 apabila penguasaan BN merosot daripada 25 kerusi pada 2018 kepada 17 kerusi pada 2022.”

Mazlan berkata, DAP yang mempunyai kerusi selamat khususnya di kawasan majoriti Cina berpotensi menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan negeri sekiranya kebuntuan rundingan menyebabkan BN dan PN akhirnya memilih bertanding solo.

Pada Perhimpunan Agung Umno September lalu, Wan Rosdy berkata berdasarkan kajian dijalankan, BN mampu menang lebih selesa bersama PN, manakala kerjasama dengan PH boleh menyebabkan kehilangan 15% sokongan pengundi Melayu tetapi masih mampu menang.

Beliau turut menyatakan, BN mampu menang secara bersendirian meskipun berdepan risiko tinggi, namun menyerahkan keputusan muktamad mengenai bentuk kerjasama politik itu kepada pucuk pimpinan parti.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.