ESPNFollow live: Brewers extend lead on Chourio's RBI single, look to close out Game 1ESPN DeportesEN VIVO: Brewers ataca en 7ma y se aleja a dosZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCollider'The Social Network's Long-Awaited Follow-Up Officially Removed From Almost 2,000 TheatersUOLLula defende fim das bets; Flávio promete transformar Caixa em 'Banco da Prosperidade'New Straits TimesBayern Munich coach Kompany in hospital after collapsingThe Sydney Morning HeraldCox Plate 2026Screen RantNathan For You: What About The Show Is Actually Real (& 9 Other Questions, Answered)Daily MailFive men to face trial next year after HEARSE driven onto football pitch in stunt 'linked to organised crime'매일경제“이 게임 모르면 외계인”…‘슈퍼마리오’ 아버지, 日훈장까지 받았다The Jerusalem PostPrehistoric hunter-gatherers stayed connected across 200 kilometers, Israeli study findsWirtualna PolskaHuragan Vance na Pacyfiku. Sytuacja staje się groźna
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Kuota pakar 30% buka peluang doktor, perkukuh kesihatan Sabah dan Sarawak

Translate

Cadangan memperuntukkan 30% kuota latihan kepakaran kepada pegawai perubatan berkhidmat di Sabah dan Sarawak berpotensi membuka lebih banyak peluang perkembangan kerjaya doktor selain membantu memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Malaysia Timur.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan, berkata peluang latihan kepakaran antara pertimbangan penting bagi doktor ketika menentukan lokasi untuk berkhidmat.

Katanya, doktor perlu mempunyai keyakinan penempatan di Sabah dan Sarawak tidak akan menjejaskan perkembangan kerjaya mereka.

Pada 8 Okt lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan akan melaksanakan kuota khusus bagi menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan berkhidmat di Sabah dan Sarawak, yang berdepan cabaran mendapatkan dan mengekalkan tenaga perubatan. Hampir 500 tempat latihan dijangka dikhususkan bawah inisiatif itu.

Dr Sivanaesan Letchumanan

Dr L Sivanaesan.

Sivanaesan berkata, keberkesanan cadangan itu bergantung pada pelaksanaan yang mengambil kira keperluan sebenar perkhidmatan kesihatan di kedua-dua negeri, khususnya bidang kepakaran yang mengalami kekurangan paling kritikal.

“Kejayaan inisiatif itu perlu diukur berdasarkan taburan pakar, keupayaan mengekalkan mereka dalam perkhidmatan serta akses pesakit kepada rawatan pakar, khususnya di kawasan kurang mendapat perkhidmatan.

“Matlamatnya bukan sekadar melatih lebih ramai pakar, tetapi memastikan mereka ditempatkan di lokasi paling memerlukan khidmat mereka dan diberikan sokongan untuk terus berkhidmat,” katanya.

Perluas latihan kepakaran

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Beluran, Sabah, Dr Fatin Nurhidayah, menyambut baik inisiatif itu kerana doktor perlu bersaing untuk mendapatkan tempat latihan kepakaran termasuk dengan calon dari Semenanjung.

Katanya, jika kuota khusus 30% itu dilaksanakan dengan perancangan baik, ia berpotensi memberikan laluan kepada doktor di Sabah dan Sarawak membina kerjaya sebagai pakar.

“Ia juga mengurangkan kebergantungan pesakit kepada hospital rujukan di bandar atau negeri lain, sekali gus mengurangkan keperluan mereka melakukan perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dr Amirah Badrul Hisham pula berkata, kuota itu boleh memberi peluang kepada doktor mendapat pendedahan kepada penyakit yang berbeza mengikut lokasi perkhidmatan.

“Setiap doktor sepatutnya merasai pengalaman berkhidmat di Sabah dan Sarawak kerana terdapat perbezaan dari segi penyakit yang ditemui,” kata pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sambir 1, Sarawak.

Fatin dan Amirah senada, usaha memperkukuh tenaga pakar perlu disertai langkah lain termasuk menyediakan insentif mencukupi, menambah baik kemudahan kesihatan dan kebajikan kakitangan, serta menyediakan tempat tinggal sesuai bagi doktor yang berpindah ke Sabah dan Sarawak.

Pastikan tenaga kerja cukup

Sementara itu, Penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ilyana Mukriz, menyifatkan kuota berkenaan sebagai langkah baik mengiktiraf sumbangan doktor di Sabah dan Sarawak.

Namun, katanya KKM perlu mengambil kira jumlah pegawai perubatan yang masih bertugas di Sabah dan Sarawak apabila 30% mengikuti latihan kepakaran, memandangkan banyak program ditawarkan universiti di Semenanjung.

“KKM perlu memastikan tenaga kerja hospital mencukupi untuk menampung keperluan pegawai yang mengikuti latihan dan mereka yang masih bertugas di lapangan,” katanya.

Ilyana turut mencadangkan, kuota itu dikaitkan dengan ikatan perkhidmatan minimum di kawasan luar bandar bagi memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat apabila doktor menamatkan latihan dan kembali berkhidmat.

“Langkah ini penting bagi memastikan pesakit mendapat manfaat daripada kepulangan pakar yang menamatkan latihan ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.