Daily MaverickTHE BIG STINK: ‘Sea of sewage’ — NMB in hot water over unauthorised effluent dischargeThe Jerusalem PostHapoel Beersheba-Besiktas Europa League match suspended after 25 minutes after fans riotVilaWebEl finançament, en la campanya: les mateixes reivindicacions, poca entesa i unes Illes que encara aporten molt més que no rebenAitnewsمجلس وزراء الأمن السيبراني العرب يعتمد ضوابط استرشادية مشتركة وأدلة للحوكمةVarietyWhat’s New on Disney+ in December 2026SudinfoElle avait alerté les médecins à plusieurs reprises, en vain : Kerry apprend la terrible nouvelle le jour de son accouchement, « une partie de moi est morte avec elle »Business AMIsraëlisch coalitieakkoord: Eisenkot sluit zich aan bij links-liberale DemocratenESPN DeportesEl AZ de Mateo Chávez visita al Sparta Praga東洋経済オンラインマンション価格の下落が止まらない…それでも「不動産バブル」は終わっていないと言える明確な根拠 | ライフ | 東洋経済オンラインConsequenceWu-Tang Clan Bring Da Ruckus for NFL Thanksgiving Day Halftime ShowCollider‘Only Murders in the Building’ Gets a Christmas Spin in Netflix‘s Near-Perfect Mysteryایران اینترنشنالمجلس در پی تشدید محدودیت‌ها بر فعالیت‌های مجازی و ارتباط با اشخاص و نهادهای خارجی است
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Surat bekas ketua perisik kepada CIA bukan atas arahan kerajaan

Translate

Polis tidak menjumpai sebarang arahan dan kebenaran daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan berhubung surat dihantar kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan untuk pentadbiran Najib Razak menjelang PRU14, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Pang Hok Liong (PH-Labis), Saifuddin berkata Jabatan Peguam Negara memutuskan pada 25 Nov 2025, tepat setahun lalu, untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap kes itu.

Pang bertanya sama ada siasatan polis mendapati surat oleh bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) itu dihantar dengan kebenaran atau arahan mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan apakah keputusan siasatan tersebut.

Saifuddin berkata polis menyiasat kes itu mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan yang lengkap dijalankan dan mendapati tidak menjumpai sebarang arahan dan kebenaran daripada pihak berkuasa kerajaan dalam isu ini.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 Dis 2023 dan setelah meneliti hasil siasatan, AGC pada 25 Nov 2025 memutuskan tiada tindakan lanjut atas siasatan ini,” katanya.

Jawapan itu tidak menyatakan sama ada mana-mana individu telah disoal siasat atau dikenal pasti, selain tidak menjelaskan alasan di sebalik keputusan AGC.

Surat yang ditujukan kepada pengarah CIA ketika itu, Gina Haspel, muncul pada Julai 2018 ketika peralihan kerajaan selepas PRU14 pada tahun berkenaan.

Surat tiga halaman itu, yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah MEIO ketika itu, Hasanah Abdul Hamid, memohon sokongan AS terhadap pentadbiran Najib walaupun Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh majoriti mudah atau menang dengan satu kerusi dalam PRU 2018.

Surat itu, antara lain, menggambarkan Najib yang ketika itu perdana menteri sebagai sahabat AS, berbanding Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan digambarkan sebagai ‘anti-Barat, anti-Semitik’.

Hasanah pernah mempertahankan dirinya daripada tuduhan khianat berhubung surat yang ditulisnya kepada Haspel, dengan berkata pertukaran surat sedemikian antara agensi perisikan adalah perkara biasa.

Najib menafikan mengetahui kewujudan surat itu atau mengarahkan Hasanah menulisnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.