PunchPolice arrest fake lawyer after 11 years of practice in EbonyiESPNBrunson draws from WS as Knicks beat Pistons for 1st win: 'Just continue to hit singles'CNN TürkFenerbahçe Tarfin, deplasmanda Valencia Basket’e mağlup olduESPN DeportesAsí vivimos remontada de Rays en J4 de Serie Mundial para seguir con vida한겨레이 대통령 “국가가 국민 생명·안전 지키는 일보다 우선할 가치 없어”InquirerPNP taps AMLC to probe finances tied to Laos drug shipmentInquirer EntertainmentNoah Wyle claims People’s Sexiest Man Alive 2026 titleZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioVanguardEbonyi Assembly unanimously backs state police billSözcüFelaket saatte 140 kilometre hızla geliyor: 400 bin kişi tahliye edilecekDaily MailA bin too far: The town where residents now have to sort recycling into 12 bins... and get called 'lazy' for complaining경향신문‘HIV 감염인’ 국내 첫 장애인 등록 소송서 져···법원 “입법 정책상 문제”
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Buli dipercayai bukan motif pelajar serang guru guna kapak di Kuching

Translate

Unsur buli dipercayai bukan motif kejadian seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun menyerang seorang guru menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak pada 21 Okt lalu.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata pihaknya masih menunggu laporan psikiatri forensik bagi membantu menentukan keadaan mental suspek ketika kejadian, termasuk sama ada tindakannya dilakukan dalam keadaan sedar atau di luar kawalan.

Katanya, kertas siasatan kes itu sudah dilengkapkan dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 26 Okt lalu untuk tindakan lanjut, lapor Berita Harian.

Saifullizan berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan masih menerima rawatan di hospital, selain menjalani penilaian pakar psikiatri serta perubatan.

Menurutnya, seramai 38 saksi sudah dirakam keterangan, terdiri daripada pelajar, guru, pengawal keselamatan, pakar perubatan dan ibu bapa suspek.

“Antara barang kes yang dirampas ialah kapak, pisau, mercun serta komputer dan gajet dari rumah suspek.

“Semua barang berkenaan dihantar untuk analisis forensik dan siasatan awal mendapati kapak itu dibeli suspek secara dalam talian, manakala analisis telefon bimbit dan komputer masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kejadian,” katanya yang dipetik sebagai berkata

Tambahnya, polis juga masih menyiasat dakwaan bahawa suspek terpengaruh dengan permainan dalam talian atau kandungan tertentu.

Dalam kejadian 7.50 pagi, suspek dipercayai membawa mercun sebelum mencederakan guru berusia 42 tahun menggunakan kapak.

Mangsa mengalami luka pada tangan kiri dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan keluar.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.