The Jerusalem PostTel Aviv to impose fines of up to NIS 1,000 on drivers for excessive honkingPunchOpposition’s consensus candidate plan dead – G-100 chieftainInquirer250 kilos of oil waste recovered after NGCP cable leak in LeyteInquirer EntertainmentKiray Celis parts ways with wellness business to focus on motherhoodDaily MaverickNvidia probes whether CEO Huang was target of foreign spying as he admits affairZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteTagesschauTrump will Kampfsportunternehmer White als PressesprecherGIGAZINEAppleが2026年に約4300億円の税金を節約、シンガポールがアイルランドを上回りApple最大のタックスヘイブンにDaily MailBlundering bigamist who flew to Thailand to marry younger bride was caught after sending out wedding invitations on FacebookMalay MailHong Kong action legend Sammo Hung joins son for livestream sales despite mobility issues (VIDEO)Mint‘Some days are better’: Former President Joe Biden shares emotional update about cancer battle, announces memoir release
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Malaysia akan percepat migrasi kuantum lindungi data negara

Translate

Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mempercepat proses migrasi kuantum bagi memperkukuh keselamatan data negara susulan perkembangan teknologi pengkomputeran kuantum yang dijangka membawa cabaran baharu terhadap keselamatan siber.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) serta syarikat telekomunikasi bagi meneroka kerjasama dalam bidang itu.

Menurutnya, kerjasama itu termasuklah mewujudkan ruang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membolehkan Malaysia melaksanakan migrasi kuantum dengan lebih pantas serta selamat.

“Malaysia sedang pertimbang mempercepatkan proses migrasi kuantum dalam negara kita dan saya telah meminta SKMM berhubung dengan MKN, Nacsa (dan) berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagaimana kita boleh bekerjasama mewujudkan ruang untuk R&D bagi melaksanakan penghijrahan kuantum lebih pantas dan lebih selamat.”

Katanya mengulas inovasi teknologi yang berpotensi dimanfaatkan Malaysia selepas melawat beberapa reruai pameran pada Mobile World Congress Doha 2026 di sini, semalam.

Fahmi berkata, antara perkembangan teknologi menarik perhatiannya ialah komunikasi selamat berasaskan kuantum yang semakin penting bagi menjamin keselamatan data pada masa depan.

Jelasnya, kemunculan teknologi pengkomputeran kuantum di pasaran kelak dijangka membawa cabaran besar terhadap kaedah kriptografi dan penyulitan data sedia ada.

“Saya lihat isu yang akan mendepani banyak negara berkaitan migrasi kuantum dan juga komunikasi selamat berasaskan kuantum.

“Dalam masa yang tak terlalu lama, pengkomputeran kuantum akan mula wujud dalam pasaran dan ini akan menjadi cabaran besar, terutama bagi apa yang disebut sebagai kriptografi dan penyulitan untuk pastikan data kita sentiasa selamat.”

Selain teknologi kuantum, katanya, lawatan ke reruai pameran itu turut memberi peluang beliau meninjau pelbagai inovasi baharu, termasuk penggunaan kecerdasan buatan diintegrasikan dalam perkhidmatan bandar pintar dan aspek keselamatan.

Migrasi kuantum merujuk proses menaik taraf sistem keselamatan digital sedia ada kepada teknologi penyulitan yang mampu melindungi data daripada ancaman teknologi pengkomputeran kuantum pada masa depan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.