ESPN DeportesEN VIVO: Error provoca otra carrera de Padres en 6taESPNUSMNT player ratings: Freeman's two-way play earns him 8/10 in win over CanadaThe Jerusalem PostTrump orders firing squad for gunman who killed 13 people at Fort Hood, TexasInquirer28 of 119 pumps in 29 MMDA pumping stations not workingPunchConsolidated Hallmark, CHI Life Assurance seek deeper broker partnershipsDaily MaverickParamount wraps up mega Warner Bros merger to create Hollywood powerhouse SkydanceZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DutertekickerMessi vor seinem 208. und letzten Länderspiel: "Dieses Trikot war mein Leben"NOS SportBondscoach Veurink waarschuwt jonge talenten: 'Ga niet te snel naar het buitenland'NOSAmerikaanse opgepakt voor hulp bij schietpartij op school CanadaThe Indian ExpressSoundarya Rajinikanth says parents ‘changing’ male-dominated dynamic at home: ‘My rocks during divorce’
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Pesara mahu RCI siasat formula pengiraan pencen

Translate

Sekumpulan pesara sektor awam dan veteran angkatan tentera akan menyerahkan memorandum kepada Parlimen esok bagi memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat formula pengiraan pencen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024.

Kumpulan itu mahu RCI meneliti pengiraan pencen bagi mereka yang bersara sebelum 2013, termasuk penggunaan gaji akhir setara 2012 serta kesan mekanisme pelarasan pencen tahunan 2% sebelum ini.

Menurut kit media kumpulan berkenaan, isu itu melibatkan kira-kira 530,000 pesara sektor awam dan veteran angkatan tentera.

Kumpulan itu mahu RCI menentukan sama ada kaedah pengiraan pencen di bawah SSPA 2024 selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 dan Peraturan-Peraturan Pencen Angkatan Tentera 1982.

Ia juga mahu siasatan meneliti asas undang-undang dan dasar bagi komponen Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP), selain penggunaan jumlah yang terhasil daripada mekanisme 2% sebelum ini.

Mereka memberikan contoh kesan pengkompaunan pada kadar 2% selama 11 tahun, dengan menyatakan pencen RM2,000 akan meningkat kepada RM2,437.99 manakala pencen RM5,000 meningkat kepada RM6,094.97.

Katanya, keadaan itu akan melebarkan jurang antara kedua-dua pencen daripada RM3,000 kepada RM3,656.98 – peningkatan RM656.98 atau 21.9%.

Cadangan itu dikemukakan ketika pertikaian berhubung pelarasan pencen susulan pengenalan kenaikan tahunan 2% pada 2013 masih berlarutan.

Pada 2023, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bahawa pindaan 2013 terhadap Akta Penyelarasan Pencen adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah, selepas mendapati pindaan itu tidak memberi kelebihan kepada pesara.

Sistem lama mengaitkan pelarasan pencen dengan semakan gaji penjawat awam yang masih berkhidmat, manakala pindaan 2013 memperkenalkan kenaikan tetap 2% setiap tahun.

Kerajaan kemudiannya mengembalikan bayaran pencen pesara yang bersara sebelum 2013 kepada jumlah Disember 2012, manakala perbezaan antara pencen asal dan semasa dibayar melalui PKKP. Kerajaan kemudian melanjutkan bayaran PKKP berkenaan.

SSPA berkuat kuasa pada 1 Disember 2024, dengan pelarasan pencen dikaitkan dengan struktur gaji yang disemak semula. Fasa pertama membabitkan pelarasan 8% bagi kumpulan pelaksana serta pengurusan dan profesional yang gaji akhirnya melebihi RM3,000, atau RM240 bagi mereka yang menerima gaji di bawah RM3,000, diikuti fasa kedua pada Januari 2026.

Kerajaan berkata pelarasan pencen di bawah SSPA bagi pesara berdasarkan gaji akhir setara 2024, dengan pencen dikira menggunakan formula satu per-600 daripada gaji akhir setara didarab dengan tempoh perkhidmatan, ditambah PKKP jika berkenaan.

Isu itu turut dibawa ke mahkamah secara berasingan oleh veteran angkatan tentera.

Pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan menolak rayuan 50 veteran angkatan tentera yang mencabar keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan penstrukturan semula gaji pada 2013 kepada veteran yang bersara sebelum 1 Januari tahun berkenaan. Mahkamah mendapati tiada unsur diskriminasi atau pelanggaran perlembagaan.

Sementara itu, pada Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan melaraskan pencen dan membayar tunggakan dianggarkan RM1.7 bilion kepada 531,976 pesara.

Walaupun terdapat keputusan mahkamah berkenaan, kumpulan yang memohon RCI itu berkata siasatan lebih menyeluruh diperlukan bagi meneliti sejarah, data, dokumen, asas undang-undang dan proses pentadbiran di sebalik formula SSPA 2024.

Katanya, RCI itu bukan bertujuan menggantikan atau campur tangan dalam proses kehakiman, sebaliknya menyediakan mekanisme pencarian fakta yang lebih menyeluruh membabitkan kementerian dan agensi kerajaan, pegawai semasa dan bekas pegawai, pakar serta pihak berkepentingan lain.

Kumpulan itu merancang mendapatkan sokongan ahli Parlimen dan membawa isu berkenaan untuk dibahaskan di Parlimen sebelum memohon pertimbangan kerajaan bagi penubuhan RCI.

Katanya, matlamat akhirnya adalah mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai formula pencen SSPA 2024 serta mengenal pasti penyelesaian yang sesuai dan mampan untuk pesara yang terjejas.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.