ESPN DeportesAtlético vs Real Madrid: ¿Cuál es el derbi que más sorprendió a Mou?The Jerusalem PostHoldout juror in Lindsay Clancy trial hires high-profile counsel following mistrial controversyESPNUnwavering confidence in Loveland, concern for Pitts and more Week 2 insightsוואלהF-16 הוזנק בעקבות חדירת מטוס למרחב האווירי ליד קמפ דייווידInquirerCampus shooter ‘planned attack, warned classmates’한겨레‘발등에 불’ 다카이치 일 총리, 시진핑에 앞서 트럼프와 만남…왜?SözcüTrump şimdi de 'yapay zeka'nın ismine savaş açtıWirtualna PolskaGroźby w sieci wobec premiera. Policja zatrzymała mężczyznęSportstarAsian Games Live Updates, September 20: Elavenil, Sonam in action as women's 10m air rifle final begins — Latest scores and newsBBC NewsTwo killed in 'massive' Ukrainian drone attack on Moscow region, says Russia매일경제“코스피 이것 때문에 버텼는데, 어쩌나”…삼전닉스 35조 자사주 매입 내달 종료CumhuriyetTrump'ın yeni gündemi: 'Yapay zeka ismi değiştirilsin' dedi, anket başlattı
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Trump mahu percepat pembangunan AI walau berdepan risiko

Translate

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu mempercepatkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) di negara itu meskipun semakin banyak amaran berhubung risiko daripada teknologi berkenaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Kami sama sekali tidak akan menghalang atau membantutkan pertumbuhan industri luar biasa ini,” tulis Trump di platform Truth Social.

Beliau sekali lagi menegaskan AS mendahului China dan negara lain di dunia dalam teknologi AI serta mahu kedudukan itu dikekalkan.

Kebimbangan mengenai keperluan memperlahankan pembangunan teknologi itu semakin meningkat selepas beberapa model AI didapati melakukan serangan siber dengan campur tangan terhad atau tanpa campur tangan manusia, termasuk insiden membabitkan syarikat perisian AI terkemuka, Anthropic dan OpenAI.

Dua syarikat itu melaporkan model AI mengakses atau menjejaskan sistem komputer ketika penilaian keselamatan siber, sekali gus mencetuskan kebimbangan berhubung risiko sistem AI terlepas daripada kawalan manusia.

Sebahagian penyelidik dalam sektor itu turut memberi amaran AI berpotensi menyebabkan kepupusan manusia, walaupun tiada kesepakatan sejagat mengenai perkara berkenaan.

Pada masa sama, gerakan menentang pembinaan pusat data AI berskala besar semakin berkembang di AS, sebahagiannya akibat kemudahan itu meningkatkan kos elektrik dan air.

Trump turut mengumumkan sebuah “Pasukan AI” akan menangani kesan “buruk” AI berdasarkan peruntukan undang-undang jenayah sedia ada.

Dalam konteks itu, beliau merujuk Space Force yang ditubuhkan pada penggal pertamanya bagi menangani ancaman dari angkasa lepas.

Katanya, seorang “AI Czar” akan dilantik tidak lama lagi, seumpama pesuruhjaya kerajaan yang bertanggungjawab terhadap teknologi itu.

Usahawan Silicon Valley, David Sacks, sebelum ini memegang peranan itu sebelum berundur Mac lalu selepas tempohnya sebagai pegawai kerajaan lantikan luar tamat.

Butiran mengenai “Pasukan AI” yang diumumkan Trump belum jelas.

Penubuhannya juga boleh ditafsirkan sebagai langkah awal pentadbirannya untuk mewujudkan pengawasan kerajaan terhadap teknologi itu.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.