The Jerusalem PostAs Netanyahu weighs his next coalition, Ofer Winter emerges as a key right-wing spoiler - analysisPunchSenate leader Bamidele renovates Ekiti schoolCNN TürkA Milli Takım, İtalya deplasmanında! 2 isim forma giyemeyecek...InquirerSablayan tightens ban on live pig entry amid ASF threatDaily MaverickLook up, South Africa: Wounded, yes, but still breathingEgypt IndependentEgyptian player Malak Zaki wins U13 singles title at Egypt International Table Tennis ChampionshipFootball ItaliaKayode’s ‘best is yet to come’ as agent hails Brentford and Italy talentZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSportstarAsian Games 2026 Closing Ceremony LIVE: Nagoya celebrates ‘One Asia’ theme; Neeru Dhanda carries the tricolourThe Sydney Morning HeraldPonga runs the field to pounce for KnightsХабрМаруся и Home Assistant, часть вторая: без телефонаRTL BoulevardAndré Hazes laat van zich horen na reacties op reallifesoap
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

KPDN P Pinang siasat dakwaan kenderaan bermasalah lepas isi minyak

Translate

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, sedang menyiasat dakwaan beberapa kenderaan mengalami masalah selepas mengisi bahan api di stesen minyak berhampiran Batu Kawan.

Jurucakap KPDN Pulau Pinang berkata pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan itu dan menghantar pasukan bagi menjalankan siasatan.

“Pihak KPDN Pulau Pinang mengambil maklum berkenaan dakwaan berlaku masalah pada kenderaan selepas mengisi minyak di stesen minyak, berdekatan Batu Kawan.

“KPDN Pulau Pinang akan menghantar satu pasukan untuk meneliti perkara ini dan akan berkongsi kenyataan media selepas itu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, beberapa hantaran di media sosial tular, apabila pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah termasuk gagal dihidupkan, selepas mengisi minyak di beberapa stesen minyak di sekitar Pulau Pinang.

Hantaran itu turut mendakwa masalah berkenaan disyaki berpunca daripada bahan api bercampur air, namun perkara itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.