ESPN DeportesMéxico intenta reaccionar con ímpetu ante ColombiaThe Jerusalem PostUN's Albanese claims Jews in Nazi camps were called ‘Muslims,’ distorts history of 'antisemitism'한겨레‘서해 공무원 피격 월북 추정’ 발표에 직위해제 해경 간부, 행정소송 승소UOLCorrosão do STF está pior do que se imaginava매일경제‘최태원 동거인’ 김희영, ‘허위사실’ 유튜버에 또 승소…“1000만원 배상”New Straits TimesFed's Hammack worried inflation expectations could deteriorateSportstarAsian Games 2026 Day 9 LIVE Updates — Treesa-Gayatri crash out; Archery compound teams reach semis; Manu Bhaker, Esha Singh in women's 25m pistol eventObservador DesportoOs militares espanhóis que combatem chamas em PortugalHindustan Times SportDid USC's Desman Stephens deactivate Instagram after ‘targeting’ Dante Moore? Celebration video sparks suspension callsEl Comercio¿Habrán días no laborables para los trabajadores peruanos del sector público y privado por la visita del papa León XIV en noviembre del 2026?VanguardIgbo leaders reject Abuja restructuring communiquéABC News (Australia)Brisbane Festival 2026: Our favourite shows
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

PRN Melaka uji kemampuan PN tarik sokongan tanpa ‘identiti bersama’, kata penganalisis

Translate

PRN Melaka akan benar-benar menguji kemampuan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan pengundi tanpa identiti bersama, sekiranya lambang gabungan itu tidak boleh digunakan.

PN ketika ini dianggotai PAS, Wawasan, Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), serta Bersatu di sebalik persoalan mengenai kedudukannya.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting percaya ketiadaan lambang PN boleh memberi kesan kepada penyelarasan kempen.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

“Logo bukan sekadar lambang. Ia adalah identiti yang membantu pengundi mengenal siapa yang mereka undi dan gabungan yang diwakili,” katanya kepada FMT.

JPPM dilaporkan menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 Sept susulan aduan Bersatu, yang menurut setiausaha agung parti itu berkenaan pelanggaran perlembagaan PN oleh kepimpinan baharu gabungan itu.

JPPM berkata, penggantungan itu bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan dan mencegah PN daripada terus melanggar peraturannya.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya percaya penggantungan itu boleh menjejaskan momentum PN dari segi organisasi, penjenamaan dan persepsi mengenai kesatuan gabungan itu, terutama jika parti komponen menggunakan lambang masing-masing.

“Ini boleh menyebabkan mesej gabungan menjadi kurang jelas,” katanya kepada FMT.

Awang Azman bagaimanapun berkata keadaan PN “yang tidak menentu” tidak boleh dianggap sebagai memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH), kerana keputusan pilihan raya bergantung kepada calon, jentera, isu tempatan dan kemamppuan memindahkan sokongan antara parti.

“Cabaran sebenar ialah soal identiti pilihan raya. Kekuatan mereka masih bergantung kepada calon, jentera, isu tempatan dan kemampuan memindahkan sokongan antara parti,” katanya.

Di sebalik perkembangan ini, Zaharuddin berkata Bersatu kini berdepan persoalan dengan mengenai hala tuju.

“Jika tidak mahu BN dan hubungan dengan PAS pula retak, ke mana Bersatu hendak pergi? Itu persoalan yang paling tajam sekarang. Bersatu perlu menentukan sama ada mahu mempertahankan kerjasama sedia ada atau mencari laluan baharu,” katanya.

Awang Azman percaya PRN Melaka berpotensi menguji tiga model kerjasama politik, iaitu BN+, PH+ dan penyusunan semula parti-parti komponen PN.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.