PunchFlamingos’ World Cup victory Nigeria’s pride — Barau한겨레금천구서 SUV 차량 버스정류장 난간 들이받아…인명 피해 없어Inquirer EntertainmentBallet Philippines’ ‘The Nutcracker’ brings Filipino heart to Christmas classicZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDaily MailTwo female skydivers die after colliding in mid-air when their parachutes became tangledسكاي نيوز عربيةأميركا.. تحقيق باحتمال تسبب علاج جيني في إصابة أطفال بالسرطاIl Fatto QuotidianoSiamo sommersi di contenuti, ma così abbiamo ridotto l’esperienza diretta della vitaStraits Times SportVan Assche's Paris run comes to an end, but Frenchman leaves with bolstered belief경향신문대변인 후임 못 찾은 트럼프, UFC 회장에 공개 구애···백악관 인사 난맥Lenta.ruШелтон обыграл Пола и вышел в полуфинал «Мастерса»Guardian SportAustralia v Fiji: Women’s Rugby League World Cup semi-final – liveSözcüKafes dövüşünün patronu Trump'ı reddetti
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Kemuka bukti dakwaan laksana 97% manifesto PRN lalu, Adly beritahu BN

Translate

Barisan Nasional (BN) perlu mengemukakan bukti terperinci menyokong dakwaan telah melaksanakan 97% janji manifesto PRN Melaka ke-15, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan rakyat menilai kedudukan sebenar pelaksanaan 103 inisiatif terkandung dalam manifesto tersebut merentas lima teras utama.

“Kalau kita melihat dakwaan pencapaian itu, perlu disertakan senarai lengkap yang menunjukkan kedudukan serta komitmen supaya pengundi dapat menilai sendiri,” katanya pada sidang media harian PH di Bilik Gerakan Utama PH di Bukit Baru.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata ketelusan dalam mengemukakan pencapaian manifesto penting bagi memastikan setiap komitmen diumum kerajaan dapat dinilai berdasarkan hasil pelaksanaan sebenar, bukan sekadar angka peratusan.

Beliau turut membangkitkan kedudukan kewangan kerajaan negeri berdasarkan ringkasan laporan ketua audit negara yang merekodkan hasil Melaka RM490 juta, berbanding perbelanjaan RM519 juta pada 2024.

Kedudukan itu, menurut beliau memperlihatkan kepentingan pengurusan kewangan berhemah selain memastikan setiap keputusan perbelanjaan mempunyai rekod dan hasil yang boleh diperiksa.

“Kadang-kadang kita dapat meningkatkan pendapatan tetapi pengurusan perbelanjaan juga harus diberikan keutamaan. Sebab itu kalau mengikut rekod 2024, pendapatan (kerajaan negeri) RM490 juta, tetapi berbelanja RM519 juta,” katanya.

Adly berkata, pentadbiran PH di Melaka pada 2019 pernah mencatat lebihan kewangan RM50 juta sekali gus menunjukkan kepentingan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata, PH menerusi aspirasi ‘Melaka Rumah Kita’ menawarkan pentadbiran yang bersih, telus, dan berintegriti termasuk memastikan setiap ringgit wang awam diuruskan secara berhemah.

Katanya, pengundi berhak mendapatkan maklumat jelas mengenai pencapaian kerajaan negeri supaya dapat membuat penilaian sewajarnya menjelang PRN Melaka ke-16.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.