InquirerWATCH: Sara Duterte Impeachment trial | Sept. 29, 2026CNN Türk7 Ekim'in perde arkasında yeni iddia! Netanyahu'dan gizli BAE ziyareti mi?PunchLAUTECH resident doctors’ strike hits 32 daysESPN DeportesLuis Fernando Tena tras goleada ante El Salvador: "Fue una sorpresa total el marcador"Daily MaverickTHE INTERVIEW: Why a British documentary filmmaker turned his lens to SA’s protest legacyESPNSirianni rues reaction to flagged hit on Hurts in Eagles' MNF loss한겨레이 대통령 “3대 메가프로젝트 지연 요인 미리 찾아 해결해야”Bollywood HungamaShakira’s Madrid concert to stream globally on Amazon Music on October 3; celebration to spotlight women In Latin musicSözcüYENİ Parti'nin ismi için kritik gün! Gözler AYM'deGhaflaEric Omondi Faults Senator Karen Nyamu Over Attendance at KICC Health EventSBS 뉴스강민국, 조희대 국감 증인 채택에 "삼권분립 붕괴 쿠데타"Rai NewsSuper El Niño, esperti britannici lanciano l'allerta al governo: "Evento significativo"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Penduduk Taman Sri Muda menang saman kerajaan berkait banjir 2021

Translate

Seramai 50 penduduk Taman Sri Muda memenangi saman terhadap kerajaan dan agensi lain atas kecuaian serta pelanggaran tanggungjawab berkait banjir pada 2021 yang meragut 12 nyawa di kawasan itu.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Rajah berkata penduduk berkenaan berjaya membuktikan tuntutan mereka berdasarkan imbangan kebarangkalian terhadap kerajaan dan dua agensi negeri.

“Mahkamah memutuskan bahawa plaintif berjaya membuktikan kewujudan kewajipan berjaga-jaga yang boleh dijangka, yang timbul daripada fungsi operasi dan tanggungjawab pengurusan bencana defendan (kerajaan).

“Pembelaan ‘takdir Tuhan’ yang dikemukakan tidak terpakai apabila campur tangan manusia yang munasabah boleh dilakukan. Kecuaian telah dibuktikan. Doktrin kekebalan asing tidak relevan di bawah undang-undang Malaysia,” katanya.

Mahkamah berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara ‘gagal meningkatkan tahap tindak balas bencana, mengekalkan pusat penyelarasan utama dan mengerahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dengan berkesan’ semasa banjir itu.

“Pihak berkuasa gagal menguruskan lokasi kejadian dengan berkesan, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sebahagian besarnya diserahkan kepada NGO dan anggota masyarakat setempat,” kata Shoba.

Beliau turut berkata Jabatan Meteorologi gagal mengeluarkan amaran tepat pada masanya pada tahap bahaya yang sewajarnya, meskipun ramalannya menunjukkan bahawa ambang yang berkaitan telah dicapai.

Mahkamah memutuskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertanggungan secara bersama dengan kerajaan Persekutuan.

Mahkamah menetapkan 6 Okt untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh pendengaran penilaian ganti rugi.

Seramai 50 penduduk itu diwakili peguam James Joshua Paulraj, Regine Ng, Ahmad Badri Mustaffa, M Gobinath dan P Taneswaran.

Peguam Kanan Persekutuan Al-Saifi Hashim, Nurul Farhana Khalid dan Liew Horng Bin hadir bagi pihak kerajaan Persekutuan, manakala Penasihat Undang-Undang Negeri Faris Shah Kamarulzaman dan peguam Norazalina Hairuddin masing-masing mewakili JPS Selangor dan MBSA.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.