The Jerusalem PostThousands of European teens gather in Paris for Chabad Jewish pride rally amid antisemitismDaily MaverickTHE LOWLY NEWSPAPERMAN: Ramaphosa checks out as petty politics, personal beefs trump SA’s metro crisesPunchSERAP sues NDPC, INEC over AI manipulation of voters’ registerCumhuriyetMurat Ceylan Cumhuriyet Pazar'da: 'Sahnedeki Murat da televizyondaki Murat da benim'CNN Türkİran, Bahreyn'deki ABD üslerini hedef aldı한겨레‘주가 누르기 방지법’ 정부안보다 과세 강화할 듯Inquirer EntertainmentAnne Curtis playfully refuses to sing for Gong Yoo: ‘Mapapahiya ako’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSRF NewsAbschaffung Frühfranzösisch – Ausgerechnet im Thurgau: Schüleraustausch über den RöstigrabenSözcüTürkiye'nin en iyi üniversitesi açıklandı: ODTÜ veya Boğaziçi değil7sur7NBA: 50 points, 18 rebonds, 5 contres, les stats folles de WembanyamaThe Sydney Morning HeraldMelbourne set to announce a $5 million loss after payouts to staff, players
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

Loke tegur banyak kerusi kosong di konvensyen DAP Selangor

Translate

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menegur tahap kehadiran perwakilan pada Konvensyen DAP Selangor yang disifatkannya kurang memberangsangkan, selepas banyak kerusi kosong ketika beliau sedang berucap.

Loke yang dilihat tidak berpuas hati dengan keadaan itu juga meminta pengerusi DAP Selangor menyemak senarai ketua kampung dan ahli majlis serta nama Adun yang tidak hadir diserahkan kepadanya.

Katanya, cawangan parti ditubuhkan bukan semata-mata untuk menghadapi pemilihan, sebaliknya berperanan membawa obor perjuangan parti.

“Kehadiran tidak begitu memberangsangkan kerana tak ada pemilihan parti. Kalau pemilihan parti tak payah cakap pun dewan penuh,” katanya ketika berucap merasmikan konvensyen itu di Selangor International Trade Center.

Beliau berkata, ketidakhadiran pemegang jawatan yang dilantik atau dipilih mencerminkan kegagalan memenuhi tanggungjawab asas, justeru tindakan sewajarnya perlu dipertimbangkan terhadap mereka yang tidak menunjukkan komitmen.

“Kalau ahli majlis tak hadir, senarai hitam dia. Jangan sambung. Kalau tak ada komitmen kepada parti tak payah bagi peluang kedua.

“Kalau mana-mana Adun tak hadir hari ini bagi nama kepada saya. Ini tanggungjawab asas. Kalau komitmen yang paling asas tak ada jangan cakap pasal perjuangan. Jangan cakap pasal nak jadi calon,” katanya.

Loke berkata beliau bersedia mengambil pendirian tegas berhubung disiplin parti walaupun tindakannya mungkin tidak disenangi sesetengah pihak.

Beliau turut memberi amaran bahawa mereka yang tidak menunjukkan komitmen terhadap parti tidak akan diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, tanpa mengira pengaruh mereka dalam cawangan atau kalangan perwakilan.

“Kamu nak pakai cawangan, nak pakai perwakilan nak jatuhkan saya buatlah sesuka hati kamu. Tetapi saya akan pastikan orang yang tak ada komitmen, tidak diberikan kerusi,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.