ESPN DeportesAtlético vs Real Madrid: ¿Cuál es el derbi que más sorprendió a Mou?The Jerusalem PostHoldout juror in Lindsay Clancy trial hires high-profile counsel following mistrial controversyESPNUnwavering confidence in Loveland, concern for Pitts and more Week 2 insightsוואלהF-16 הוזנק בעקבות חדירת מטוס למרחב האווירי ליד קמפ דייווידInquirerCampus shooter ‘planned attack, warned classmates’한겨레‘발등에 불’ 다카이치 일 총리, 시진핑에 앞서 트럼프와 만남…왜?SözcüTrump şimdi de 'yapay zeka'nın ismine savaş açtıWirtualna PolskaGroźby w sieci wobec premiera. Policja zatrzymała mężczyznęSportstarAsian Games Live Updates, September 20: Elavenil, Sonam in action as women's 10m air rifle final begins — Latest scores and newsBBC NewsTwo killed in 'massive' Ukrainian drone attack on Moscow region, says Russia매일경제“코스피 이것 때문에 버텼는데, 어쩌나”…삼전닉스 35조 자사주 매입 내달 종료CumhuriyetTrump'ın yeni gündemi: 'Yapay zeka ismi değiştirilsin' dedi, anket başlattı
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

‘Politik mercun papan’, Sanusi sindir DAP berkait keputusan Loke

Translate

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor menyifatkan keputusan DAP untuk hanya Setiausaha Agung Loke Siew Fook berundur daripada Kabinet sebagai ‘politik mercun papan’.

Beliau berkata, tindakan itu mengingatkannya kepada kenyataan sebelum ini mengenai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang dikatakan akan meletakkan jawatan, namun akhirnya tidak berlaku.

“Dulu Nga kata macam itu juga. Tak letak (jawatan) pun.

“Acah-acah tarik tali, satu pun tak dibuat. Politik mercun papan. Pong pang ping pang, lepas itu senyap,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata, tindakan DAP itu menunjukkan parti berkenaan sering mengambil pendekatan ‘flip flop’ dalam membuat keputusan politik.

“DAP main politik flip flop. Lepas ini cari alasan tak perlu letak pula. Dulu kata nak keluar kerajaan. Lepas itu cari alasan tak nak keluar pula,” katanya yang juga menteri besar Kedah.

Semalam, selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) selama hampir tiga jam, Loke mengumumkan beliau menjadi satu-satunya pemimpin DAP yang akan berundur daripada Jemaah Menteri.

Keputusan itu dibuat selepas terdapat gesaan supaya DAP mengambil tindakan lebih menyeluruh, termasuk meninggalkan kerajaan susulan keputusan berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak.

Loke bagaimanapun menyifatkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai tindakan ‘bertanggungjawab’, manakala DAP akan kekal dalam kerajaan.

Jumaat lalu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat membayar denda RM50 juta bagi kes SRC International.

Najib, 73, kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Februari 2024 mengurangkan hukuman asalnya daripada 12 kepada enam tahun.

Denda asal RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Keputusan CEC DAP itu dibuat bagi menentukan pendirian dan tindakan susulan parti selepas keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib diumumkan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.